Judul : PM, TPM BERSAMA RAKYAT
link : PM, TPM BERSAMA RAKYAT
PM, TPM BERSAMA RAKYAT
Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak semalam menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha bersama umat Islam di Masjid As Sofiah Keda Wang Tok Rendong, Kuah, Pulau Langkawi.
Perkara itu dikongsi Najib melalui akaun Twitter beliau.
“Baru selesai sembahyang Hari Raya Aidiladha bersama Ahli Parlimen Langkawi (Datuk Ir. Nawawi Ahmad) dan masyarakat setempat di Masjid As Sofiah Keda Wang Tok Rendong,” katanya dalam laman sosial tersebut.
Dalam gambar yang disertakan, beliau sempat meluangkan masa menikmati hidangan hari raya serta berswafoto bersama beberapa jemaah.
Perdana Menteri kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Riyadzus Solihin, seterusnya melawat Maahad Tahfiz An-Nabawi di pulau sama.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di kawasan Parlimennya, Bagan Datuk, Perak.
Lebih istimewa, menerusi gambar yang dimuat naik di Twitter, beliau tidak ketinggalan bersama penduduk tempatan melakukan ibadah korban.
“Solat sunat Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban bersama penduduk kampung saya di Bagan Datuk,” jelasnya dalam Twitter.
Demikianlah Artikel PM, TPM BERSAMA RAKYAT
Sekianlah artikel PM, TPM BERSAMA RAKYAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM, TPM BERSAMA RAKYAT dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/pm-tpm-bersama-rakyat.html