PM, isteri mohon batal saman keluarga mendiang Bala

PM, isteri mohon batal saman keluarga mendiang Bala - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM, isteri mohon batal saman keluarga mendiang Bala, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM, isteri mohon batal saman keluarga mendiang Bala
link : PM, isteri mohon batal saman keluarga mendiang Bala

Baca juga


PM, isteri mohon batal saman keluarga mendiang Bala

Mahkamah
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk membatalkan saman yang difailkan keluarga penyiasat persendirian mendiang P. Balasubramaniam.  
      
Saman itu difailkan balu Balasubramaniam iaitu A. Santamil Selvi dan tiga anaknya selaku plaintif terhadap pasangan suami isteri itu dan tujuh individu yang lain berhubung dakwaan kehilangan pendapatan kerana terpaksa menjalani kehidupan dalam buangan di India selama lima tahun sejak 2008.  
      
Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, yang mewakili perdana menteri dan isteri memberitahu pemberita bahawa Najib dan isteri memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pada 10 Ogos lepas, atas alasan plaintif tidak mempunyai kausa tindakan munasabah terhadap mereka berdua.  
     
“Plaintif juga tidak mempunyai locus standi dan tindakan saman yang difailkan adalah remeh, menyusahkan dan merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng hari ini.

Selain Najib dan isteri, tujuh lagi individu iaitu dua adik Najib, Datuk Ahmad Johari Tun Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Tun Abdul Razak; peguam, Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham; Pesuruhjaya Sumpah, Zainal Abidin Muhayat; ahli perniagaan, J. Deepak dan peguam M. Arunampalam kesemuanya selaku defendan turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman itu.          

Sementara itu, peguam Americk Sidhu mewakili kesemua plaintif berkata mahkamah menetapkan 25 September ini untuk mendengar permohonan kesemua defendan bagi menggugurkan kelayakannya (Americk) daripada mewakili keluarga berkenaan.  
      
Americk berkata kesemua defendan mahu menggugurkannya berikutan beliau pernah menarik diri daripada mewakili keluarga itu ketika rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam saman asal yang difailkan plaintif pada 23 Jun 2014. 
     
Pada 2 Disember 2015, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan empat beranak itu untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan notis rayuan mereka pada 24 April tahun sama. Mahkamah Tinggi membatalkan saman berkenaan pada 11 Disember 2014.    
   
Pada 13 Julai 2017, Santamil Selvi dan bersama tiga anaknya, B. Kishen, B. Menaga dan B. Reeshi sekali lagi memfailkan saman bagi pihak mendiang dengan menamakan kesemua individu sama sebagai defendan bagi menuntut kerugian yang ditanggung mereka sepanjang berada di Chennai, India selama 56 bulan dari 4 Julai 2008 sehingga Balasubramaniam, 53, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac 2013.

Dalam pernyataan tuntutan, Santamil Selvi juga mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.        

Mereka memohon ganti rugi berjumlah hingga RM840,000 termasuk kos menyewa sebuah apartmen di Chennai, India, yuran sekolah, dan kehilangan pendapatan sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos. - Bernama


Demikianlah Artikel PM, isteri mohon batal saman keluarga mendiang Bala

Sekianlah artikel PM, isteri mohon batal saman keluarga mendiang Bala kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM, isteri mohon batal saman keluarga mendiang Bala dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/pm-isteri-mohon-batal-saman-keluarga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :