Judul : PENDUDUK KECOH BUAYA MUNCUL DI TENGAH BANDAR
link : PENDUDUK KECOH BUAYA MUNCUL DI TENGAH BANDAR
PENDUDUK KECOH BUAYA MUNCUL DI TENGAH BANDAR
Miri – Penduduk di tengah bandar Limbang gempar apabila seekor buaya seberat satu tan serta sepanjang lima meter ditemui awal pagi semalam.
Kehadiran reptilia tersebut mula tular dalam media sosial seawal 7 pagi kerana kejadian pelik seekor buaya ditemui di tengah bandar tidak pernah berlaku sebelum ini.
Ketua Bomba dan Penyelamat Limbang, Edmund D. Mahai Amboh berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar 7.36 pagi ini melaporkan mengenai kemunculan reptilian tersebut.
Buaya itu akhirnya berjaya ditangkap berhampiran pusat komersial West Lake, berdekatan kawasan perumahan Limbang pada 8.15 pagi.
“Bomba menangkap buaya tersebut setelah menutup kepala serta mengikat kesemua kakinya dan ia akan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan susulan,” katanya ketika semalam.
Untuk rekod, bandar Limbang terletak lebih 250km dari bandar raya Miri dan dipisahkan oleh sempadan Brunei.
Demikianlah Artikel PENDUDUK KECOH BUAYA MUNCUL DI TENGAH BANDAR
Sekianlah artikel PENDUDUK KECOH BUAYA MUNCUL DI TENGAH BANDAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PENDUDUK KECOH BUAYA MUNCUL DI TENGAH BANDAR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/penduduk-kecoh-buaya-muncul-di-tengah.html