[MUSUH DALAM SELIMUT] PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah

[MUSUH DALAM SELIMUT] PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MUSUH DALAM SELIMUT] PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MUSUH DALAM SELIMUT] PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah
link : [MUSUH DALAM SELIMUT] PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah

Baca juga


[MUSUH DALAM SELIMUT] PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan Amanah selepas gesaan perwakilan Amanah Selangor baru-baru ini untuk mengkaji semula penyertaan PAS daam pentadbiran negeri.

“Saya telah berbincang dengan jawatankuasa kepimpinan parti, mereka akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman,” kata Azmin yang juga pengerusi PH Selangor itu.

Menurutnya, beliau menunggu kenyataan pimpinan Amanah pusat berhubung perkara itu.

Konvensyen Amanah Selangor semalam meluluskan usul meminta Azmin menimbang semula kedudukan PAS dalam pentadbiran Selangor.

Ketua Amanah Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof, yang membentangkan usul itu, berkata ia sejajar dengan keputusan PH untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Ini untuk memastikan kehadiran PAS berterusan di pentadbiran Selangor tidak menjadi duri dalam daging, yang kemudian boleh menjejaskan usaha untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang dipimpin PH,” kata beliau pada konvensyen Amanah.

Anuar berkata usul itu kerana PAS bukan lagi dalam pakatan pembangkang selepas pemansuhan Pakatan Rakyat.
PAS memutuskan kerjasama politik selepas PR runtuh pada Jun 2015 berikutan perbezaan pendapat dengan DAP mengenai pelaksanaan hudud.
Gabungan itu digantikan PH yang kini terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
PAS mengekalkan hubungan politiknya dengan PKR di Selangor, di mana pemimpinnya adalah sebahagian daripada kerajaan negeri.
Begitu juga di Kelantan, ahli PKR masih lagi memegang jawatan dalam kerajaan negeri.
Azmin pernah berkata PR masih wujud dalam kerajaan Selangor kerana ia adalah “mandat rakyat”.
Rabu lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata tiada arahan daripada pusat untuk menamatkan rundingan dengan PKR.
“PAS Selangor bersedia berbincang dengan sesiapa pun demi kebaikan rakyat dan negara,” kata Yunus.
Gabungan pembangkang mentadbir Selangor sejak 2008. 
PAS ketika ini mempunyai 13 Adun di Dewan Negeri Selangor, 3 exco di majlis mesyuarat kerajaan negeri, seorang timbalan speaker dan ramai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan. - FMT


Demikianlah Artikel [MUSUH DALAM SELIMUT] PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah

Sekianlah artikel [MUSUH DALAM SELIMUT] PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MUSUH DALAM SELIMUT] PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/musuh-dalam-selimut-pas-dalam-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :