Judul : [MARAN] MASJID AT TAQWA MENANG LIMA ANUGERAH
link : [MARAN] MASJID AT TAQWA MENANG LIMA ANUGERAH
[MARAN] MASJID AT TAQWA MENANG LIMA ANUGERAH
Masjid At Taqwa Kampung Awah di sini menerima lima anugerah pada Program Masjid Gemilang, Ijtima Perdana Asatizah Gemilang Pahang 2017 yang diadakan di Bukit Gambang, di sini.
Pengerusinya, Abd Patah Ismail berkata, anugerah tersebut adalah Masjid Urus Tadbir Terbaik 2017 (Kategori Masjid Kariah), Masjid Paling Imarah 2017 (Kategori Masjid Kariah), Masjid Cemerlang 2017, Masjid Gemilang 2017 dan Penarafan Lima Bintang.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di atas pengiktirafan tersebut. Kami bermohon kepada ALLAH supaya diberi kekuatan untuk terus memakmurkan rumah ALLAH, Insya-ALLAH.
"Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Daerah Chenor, ahli Jawatankuasa dan pegawai, ahli kariah, belia, beliawanis dan semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Semoga ALLAH membalasnya dengan kebaikan," katanya.
Wakil YAMCP, Abd Rashid Ismail menerima sumbangan daripada Abdul Patah selepas Solat Jumaat, semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, Masjid At Taqwa dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang menjalankan Solat Hajat dan kutipan sumbangan bagi membantu Pelarian Rohingya .
Menurutnya, sejumlah RM459 berjaya dikumpulkan selepas selesai solat Jumaat, semalam.
Katanya, pihak masjid menyasarkan RM3,000 berjaya dikumpulkan dalam tempoh seminggu kutipan.
Demikianlah Artikel [MARAN] MASJID AT TAQWA MENANG LIMA ANUGERAH
Sekianlah artikel [MARAN] MASJID AT TAQWA MENANG LIMA ANUGERAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [MARAN] MASJID AT TAQWA MENANG LIMA ANUGERAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/maran-masjid-at-taqwa-menang-lima.html