Judul : [LIPIS] SEMPAT KENAL ANAK-ANAK TAHFIZ AL QURAN ITTIFAQIYAH
link : [LIPIS] SEMPAT KENAL ANAK-ANAK TAHFIZ AL QURAN ITTIFAQIYAH
[LIPIS] SEMPAT KENAL ANAK-ANAK TAHFIZ AL QURAN ITTIFAQIYAH
Prihatin dengan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Al Quran Ittifaqiyah, Keramat , Kuala Lumpur, seorang anak jati Kampung Tanjung Jambu di sini menganjurkan bacaan Yasin dan tahlil buat mangsa yang terkorban.
Shamsul Kamal Jamin, 43, berkata, dia terpanggil untuk membuat bacaan Yasin dan tahlil di Surau Nurul Iman Kampung Tanjung Jambu di sini kerana dia sempat mengenali mangsa-mangsa yang terkorban dalam kejadian berkenaan.
Menurutnya, dia ada membuka premis perniagaan, restoran Fiske Steakhouse di Keramat, Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian.
"Sebelum ini saya pernah mengundang anak-anak tahfiz tersebut untuk majlis berbuka puasa dan sambutan hari raya yang diadakan di restoran milik saya.
"Jadi bila dikhabarkan berlakunya kejadian malang itu saya betul-betul terkejut sebab ada antara mangsa yang sempat saya kenali malah menganggap mereka seperti anak sendiri," katanya ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Surau Nurul Iman Kampung Tanjung Jambu di sini malam tadi.
Hadir sama, wakil Adun Padang Tengku, Ahmad Nazree Sahbudin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Jambu, Rosli Long.
Majlis itu disertai 40 penduduk Kampung Tanjung Jambu.
Sementara itu, Rosli berkata, pihaknya menghargai usaha yang dilakukan oleh Shamsul Kamal dalam menabur bakti terhadap mangsa yang terkorban.
"Kita berharap dan menyeru agar lebih ramai anak muda yang berjaya serta prihatin dengan nasib yang menimpa pejuang-pejuang Islam ini," katanya.
Demikianlah Artikel [LIPIS] SEMPAT KENAL ANAK-ANAK TAHFIZ AL QURAN ITTIFAQIYAH
Sekianlah artikel [LIPIS] SEMPAT KENAL ANAK-ANAK TAHFIZ AL QURAN ITTIFAQIYAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] SEMPAT KENAL ANAK-ANAK TAHFIZ AL QURAN ITTIFAQIYAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/lipis-sempat-kenal-anak-anak-tahfiz-al.html