Kanak-kanak kritikal selepas bapa himpit kereta ibu

Kanak-kanak kritikal selepas bapa himpit kereta ibu - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-kanak kritikal selepas bapa himpit kereta ibu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-kanak kritikal selepas bapa himpit kereta ibu
link : Kanak-kanak kritikal selepas bapa himpit kereta ibu

Baca juga


Kanak-kanak kritikal selepas bapa himpit kereta ibu

 | August 31, 2017
Sebelum kejadian, ibu dan bapa kanak-kanak 5 tahun itu dipercayai bergaduh berhubung hak penjagaan anak.
Norhizan-Ismail
ALOR SETAR: Kanak-kanak berusia 5 tahun yang cedera parah dalam kemalangan membabitkan 3 kereta di Jalan Anak Bukit di sini semalam selepas tindakan bapa mangsa menghimpit kereta dipandu bekas isterinya, masih tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kanak-kanak yang kini dirawat di wad penjagaan rapi pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah itu mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan patah 3 tulang rusuk kanan hingga menyebabkan paru-paru kanannya cedera.

“Kanak-kanak tersebut turut mengalami luka koyakan pada pergelangan tangan kanan serta kesan luka di muka, kedua-dua anggota tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Yazri Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira 2.00 petang apabila Jafrul Nizam Jaafar, 38, yang memandu Perodua Myvi mengejar dan menghimpit kereta Perodua Myvi dipandu bekas isteri, Marziana Mahadzir, 37, yang turut dinaiki anak lelaki mereka.

Akibat himpitan itu, kereta Marziana terbabas dan melanggar sebatang pokok di atas pembahagi jalan manakala kereta Jafrul Nizam pula hilang kawalan lalu melanggar Proton Saga yang dipandu seorang anggota tentera, Faizal Baharom, 36.

Difahamkan sebelum kejadian itu, Jafrul Nizam dipercayai bergaduh dengan bekas isterinya itu berhubung hak penjagaan anak mereka.
Dr Norhizan berkata ibu kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta patah tulang tangan kanan antara siku dengan pergelangan tangan sudah pun sedar dan berada dalam keadaan stabil.

“Bapa kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk dan dia dalam keadaan sedar serta stabil namun dimasukkan ke wad untuk pemerhatian lanjut.
“Faizal dalam keadaan sedar dan stabil dan dia mengalami patah serta keretakan pada tulang di bahagian muka,” katanya. FMT


Demikianlah Artikel Kanak-kanak kritikal selepas bapa himpit kereta ibu

Sekianlah artikel Kanak-kanak kritikal selepas bapa himpit kereta ibu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak kritikal selepas bapa himpit kereta ibu dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/kanak-kanak-kritikal-selepas-bapa.html

Subscribe to receive free email updates: