Judul : GANGGUAN BEKALAN AIR DI RAUB KHAMIS INI
link : GANGGUAN BEKALAN AIR DI RAUB KHAMIS INI
GANGGUAN BEKALAN AIR DI RAUB KHAMIS INI
Lebih 5,000 akaun pengguna di Raub dekat sini, akan mengalami gangguan bekalan air ekoran kerja pembersihan kebuk muka sauk Fasa 1, Loji Rawatan Air Sungai Bilut, Khamis ini.
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata kerja permbersihan dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi dan dijangka selesai pada 11.30 malam.
"Kawasan yang dijangka terlibat ialah sekitar bandar Raub, Felda Krau, Taman Lee Man, Ibu Pejabat Polis Raub, Jalan Tan Tiong, Bukit Do, Tanjung Gadong, Taman Bukit Koman, Sempalit.
Taman Emas, Taman Sri Raub, Taman Sempalit Baru, Taman Amalina, Taman Kenanga, Taman Kurnia Jaya, Taman Raub Utama, Taman Amalina Saujana, Taman Lily dan Sepanjang Jalan Lipis sehingga Gali Estet,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di 09-5739999, jika mempunyai sebarang pertanyaan.
Demikianlah Artikel GANGGUAN BEKALAN AIR DI RAUB KHAMIS INI
Sekianlah artikel GANGGUAN BEKALAN AIR DI RAUB KHAMIS INI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel GANGGUAN BEKALAN AIR DI RAUB KHAMIS INI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/gangguan-bekalan-air-di-raub-khamis-ini.html