Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah

Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah
link : Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah

Baca juga


Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah

 | September 6, 2017
Pembangkang boleh menang separuh kerusi di Sabah melalui kerjasama dengan parti tempatan dan Pakatan Harapan tidak memasuki negeri itu.
mahathir-ph-sabah-3
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yakin gabungan pembangkang boleh memenangi separuh kerusi DUN dan Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Keyakinan itu berdasarkan kepada kerjasama kuat dengan sebuah parti tempatan di Sabah, katanya pada sesi bertemu pengundi di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

“Sekarang ini, Sabah dan Sarawak mempunyai sifat kenegerian yang kuat. Mereka tidak suka didominasi oleh parti daripada Semenanjung. Jika kita pergi ke sana, ia akan dilihat kita cuba mendominasi dan kita tak mahukan itu.
“Kita mahu bekerja bersama. Kita ada parti di Sabah yang sangat menyokong kita. Setakat ini, saya rasa kita boleh menang separuh daripada kerusi Parlimen dan DUN di Sabah,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan peserta yang ingin mengetahui apakah perancangan PH di Sabah dan Sarawak pada PRU14 nanti.
Mengenai Sarawak pula, bekas perdana menteri mengingatkan keadaan politik di Bumi Kenyalang berbeza dengan keadaan politik di Sabah.

“Mereka selalunya suka memihak kepada pihak yang menang,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir turut diajukan soalan mengenai autonomi Sabah dan Sarawak sekiranya gabungan pembangkang memenangi pilihan raya nanti.
Bekas perdana menteri itu percaya Sarawak dan Sabah perlu diberikan kuasa lebih luas, namun tidak boleh membawa kepada kebebasan penuh daripada Persekutuan Malaysia.

“Kita perlu beri Sarawak lebih autoriti dalam sesetengah kawasan tetapi bukan jenis autonomi yang bermaksud anda boleh bergerak secara bebas.
“Kerana kemudian ia bermaksud anda memutuskan hubungan dengan Malaysia sebagai persekutuan. Perkara sama berlaku dengan Sabah,” katanya. FMT


Demikianlah Artikel Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah

Sekianlah artikel Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/dr-m-yakin-menang-separuh-kerusi-dun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :