Judul : 'Di mana beras itu sekarang, Noh?'
link : 'Di mana beras itu sekarang, Noh?'
'Di mana beras itu sekarang, Noh?'
Malaysiakini 22/9/17
Tan Sri Noh Omar perlu mencermin diri terlebih dahulu sebelum menuduh kerajaan Selangor terlibat dalam salahguna kuasa dan penyelewengan, kata pembantu politik kepada menteri besar Selangor, Shuhaimi Shafie.Shuhaimi sebaliknya berkata Umno Selangor yang diketuai Noh hingga kini gagal membuktikan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali.
"Tan Sri Noh perlu membuktikan dirinya bersih terlebih dahulu dalam isu-isu yang berbangkit termasuk ketika menjawat jawatan menteri kabinet.
"Apa berlaku pada program SUBUR (Baucer Subsidi Beras Untuk Rakyat) atau sumbangan beras pada rakyat?
Semalam, Utusan Online melaporkan kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu yang menyifatkan Azmin berlagak sombong apabila didakwanya enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Noh mendakwa terdapat bukti beberapa kes penyelewengan dan salah guna kuasa sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, serbuan SPRM dalam isu melibatkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Jana Niaga Sdn Bhd dan Universiti Selangor (Unisel) membuktikan pentadbiran Azmin memerlukan dokongan integriti daripada SPRM.
“Dia (Azmin) jangan ingat pembangkang ini malaikat? Macam maksum sangat hingga tidak ada salah.
"Sepatutnya perlu ada pihak ketiga yang melakukan proses semakan dan yang terbaik dalam isu rasuah ini adalah SPRM. Jadi, janganlah nak mengaburi mata rakyat dengan sikap ego, seolah-oleh mereka ini telus sehingga tidak perlu menandatangani IBR," katanya.
Bukan sekadar baca ikrar
Bagaimanapun Suhaimi berkata di sebalik fitnah dilemparkan, kerajaan Selangor tetap membuka pintu kepada siasatan pihak berkuasa, khususnya SPRM.
"Terbukti bahawa tidak pernah seorang pun ahli politik daripada Pakatan Negeri Selangor didakwa atas salah laku rasuah atau penyelewengan atas tuduhan yang dilemparkan itu.
"Apa yang ada hanyalah dakwaan tidak berasas, palsu dan belum pun dibawa ke muka pengadilan," katanya.
"Hasilnya, khazanah negeri bertambah dan pada masa sama diagihkan kepada rakyat Selangor menerusi lebih 40 program Inisiatif Peduli Rakyat atau IPR," jelasnya.
Suhaimi berkata, Noh hanya mengikut skrip yang disediakan pihak tertentu bagi terus memburukkan kerajaan Selangor.
"Ingin ditegaskan, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang jelas memfitnah secara jijik terhadap kerajaan negeri Selangor," katanya.
Read more at http://ift.tt/2jPuA2B
Demikianlah Artikel 'Di mana beras itu sekarang, Noh?'
Sekianlah artikel 'Di mana beras itu sekarang, Noh?' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Di mana beras itu sekarang, Noh?' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/di-mana-beras-itu-sekarang-noh_23.html