BNM rugi RM9.3 bilion akibat urus niaga forex, kata Anwar

BNM rugi RM9.3 bilion akibat urus niaga forex, kata Anwar - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BNM rugi RM9.3 bilion akibat urus niaga forex, kata Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BNM rugi RM9.3 bilion akibat urus niaga forex, kata Anwar
link : BNM rugi RM9.3 bilion akibat urus niaga forex, kata Anwar

Baca juga


BNM rugi RM9.3 bilion akibat urus niaga forex, kata Anwar

 | September 7, 2017
Anwar yang juga saksi ke-21 RCI mengenai kerugian forex berkata, kerugian itu dinyatakan dalam laporan Timbalan Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Lin See Yan yang bertarikh 1 April 1993.
anwar-bnmPUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerugian perdagangan mata wang asing (forex) yang ditanggung Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM9.3 bilion berdasarkan laporan Timbalan Gabenor bank pusat itu, Tan Sri Lin See Yan yang bertarikh 1 April 1993.

Anwar yang juga saksi ke-21 Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian perdagangan forex BNM sekitar 1990-an berkata, kerugian itu kemudiannya dimaklumkan kepada Kabinet dan Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak kerugian dialami BNM daripada perdagangan forex selepas itu.

“Saya tidak diberitahu berapa banyak kerugian daripada perdagangan hadapan. Apabila saya memberitahu mereka untuk berhenti, mereka mahu ‘unwind positions’. Ia menyukarkan saya,” katanya ketika memberi keterangan hampir 3 jam kepada RCI itu di Istana Kehakiman hari ini.
Beliau tiba pada jam 8.40 pagi tadi dan memasuki bilik bicara pada jam 2.05 petang.

RCI itu diketuai Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang turut mempengerusikan pasukan petugas khas menyiasat kerugian forex ditanggung BNM, yang ditubuhkan pada Februari lalu.
Untuk rekod, peguam mewakili Anwar dan Dr Mahathir sebelum ini memfailkan permohonan di mahkamah dalam usaha menyingkirkan Sidek dan Tan Sri Saw Choo Boon yang turut menganggotai pasukan petugas khas itu – dengan alasan mereka akan berat sebelah.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Dr Mahathir untuk menggugurkan kedua-duanya dengan alasan prosiding RCI itu membabitkan kepentingan umum.

Semalam, bekas penolong gabenor BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang terbabit secara langsung dalam urus niaga forex mengakui tidak pernah memaklumkan serta berbincang dengan perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu mengenai perkara berkenaan.

Beliau merujuk perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad serta 2 menteri kewangannya, Tun Daim Zainuddin (1984-1991) dan Anwar (1991-1998).
Prosiding hari ini merupakan sesi ke-6 RCI bagi menyiasat kerugian BNM melalui perdagangan forex sekitar 1990-an. FMT


Demikianlah Artikel BNM rugi RM9.3 bilion akibat urus niaga forex, kata Anwar

Sekianlah artikel BNM rugi RM9.3 bilion akibat urus niaga forex, kata Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BNM rugi RM9.3 bilion akibat urus niaga forex, kata Anwar dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/bnm-rugi-rm93-bilion-akibat-urus-niaga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :