[BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH

[BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH
link : [BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH

Baca juga


[BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH


Anak dibelasah rakan sekolah


Kesal dengan sikap guru di salah sebuah sekolah di daerah ini, ibu bapa kepada seorang pelajar yang menjadi mangsa pukul di sekolah terbabit nekad mendedahkan perkara itu demi masa depan anaknya.

Safeie Abdullah, 53, dan Hairunnisha Md Yusoff, 44, mahu menuntut pembelaan terhadap nasib anaknya, Muhammad Nabil Iman, 16, yang kini terpaksa cuti sakit berikutan patah dua tulang pada kaki kanan dan retak lutut berikutan kejadian itu.

Safeie mendakwa, kejadian itu berlaku pada 2 Ogos lalu menyebabkan anaknya yang merupakan pelajar tingkatan empat tidak dapat bersekolah dan perlu mendapatkan rawatan susulan.

“Saya betul-betul kecewa dengan sikap guru. Sekarang dah lebih sebulan anak saya tak bersekolah.

“Keadaan ini betul-betul menyedihkan saya kerana anak saya tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan apabila saya berjumpa pihak sekolah mereka mengatakan ia adalah perkara biasa melibatkan budak-budak sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, Safeie memberitahu, dia tidak berkesempatan berjumpa dengan pengetua pada hari kejadian kerana pengetua tiada di sekolah, namun sempat memaklumkan kepada mereka yang berada dalam pejabat sekolah ketika itu.

Katanya, sebelum itu, seorang guru yang menghantar Muhammad Nabil Iman ke klinik mengambil sikap lepas tangan dengan meninggalkan anaknya di klinik dan tidak bertemu dengannya atau isteri untuk menjelaskan perkara sebenar.

Difahamkan, dia juga telah membuat laporan polis 24 jam selepas kejadian itu .

Ia dibuat apabila pihak sekolah dilihat tidak memandang serius kejadian itu malah pelajar yang memukul juga tidak dikenakan apa-apa tindakan sehingga kini.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Hairunnisha mendakwa, sikap pihak sekolah berkenaan amat dikesali kerana seolah-olah mahu menyembunyikan kejadian itu sedangkan anaknya terpaksa menanggung kesan sehingga akhir hayat.

Malah, katanya, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi oleh pengawal keselamatan sekolah itu, dan bukan guru sekolah.

“Kami bukan nak aibkan mana-mana pihak tetapi mahu tindakan sewajarnya dilakukan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang dan beri pengajaran kepada pelajar-pelajar supaya tak sewenangnya bertindak memukul pelajar lain,” katanya.



Demikianlah Artikel [BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH

Sekianlah artikel [BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/bera-anak-dibelasah-rakan-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :