[Video 'Mereka memang nak cederakan Tun M'] 'Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma'

[Video 'Mereka memang nak cederakan Tun M'] 'Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video 'Mereka memang nak cederakan Tun M'] 'Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video 'Mereka memang nak cederakan Tun M'] 'Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma'
link : [Video 'Mereka memang nak cederakan Tun M'] 'Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma'

Baca juga


[Video 'Mereka memang nak cederakan Tun M'] 'Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma'

Isnin, 14 Ogos 2017




'Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma'
Baju T ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah diedarkan secara percuma di kalangan pihak yang membuat provokasi sebelum bermulanya program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam.
Ketua ARMADA Syed Saddiq Abdul Rahman mendakwa, tujuan baju T itu diedarkan adalah bagi membolehkan pihak yang ingin membuat provokasi masuk ke dalam program anjuran mereka itu.
Malah, Syed Saddiq juga mendakwa, tujuan mereka hadir ke program berkenaan adalah untuk mencederakan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ada (unsur) sabotaj sistematik. Elemen itu kami rasa dan kami percaya ditujukan untuk sabotaj program ini dan mencederakan Tun Mahathir Mohamad.
"Selepas itu, daripada siasatan awal polis, mereka ini (yang membuat provokasi) memakai baju ARMADA tetapi bukan baju rasmi. Kenapa kami katakan (sedemikian), sambil lari mereka terus tanggalkan baju ARMADA.
"Itu amat jelas sistematiknya sabotaj itu. Melalui siasatan awal, mereka diberi baju secara percuma," katanya pada sidang media selepas program berkenaan dibatalkan.
Timbunan baju T berwarna merah yang didakwa dipakai oleh pihak yang membuat provokasi turut dibawa pada sidang media berkenaan.
Program Nothing to Hide 2.0 hari ini diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Ia sepatutnya bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 6 petang
Penyokong BERSATU kemudian menahan tiga individu yang membuat kacau pada program berkenaan. Mereka yang ditangkap dilihat mengalami beberapa kesan pukulan.
Dua daripada tiga individu itu mengenakan baju T ARMADA BERSATU dan diserahkan kepada pihak polis.
Polis kemudian berkata, ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 19 tahun.
Acara yang bermula jam 3 petang itu bertukar menjadi kecoh pada kira-kira jam 5.30 petang ketika Mahathir menjawab soalan daripada hadirin.
Ketika bekas perdana menteri itu menjawab soalan mengenai peristiwa Memali, sepasang selipar telah dilemparkan kearahnya.
Ia diikuti oleh beberapa objek lain termasuk botol, kerusi dan suar.
Bagaimanapun, dipercayai tiada sebarang objek berkenaan yang mengenai Mahathir dan pasukan keselamatan kemudian bergegas melindungi negarawan tersebut.
Pergelutan kemudian berlaku apabila penyokong BERSATU cuba untuk menangkap individu yang membuat provokasi yang kemudiannya ia turut berlarutan sehingga ke luar dewan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramai individu yang cedera dalam kekecohan berkenaan.
Syed Saddiq berkata, sekurang-kurangnya seorang hadirin mengalami kecederaan di kepala selepas terkena 'kerusi terbang'.
Syed Saddiq turut melahirkan rasa terima kasih kepada salah seorang sukarelawan DAP berbangsa Cina bernama Daniel Low yang menolong seorang hadirin Melayu.
"Tapi seorang insan mulia, dia bukan lari ke belakang atau tidak berbuat apa-apa, saya nampak seseorang jatuh, dia (sukarelawan DAP) tarik tangan orang itu, kerusi kena kepala dia."
Malaysiakini juga mendapati, sekurang-kurangnya seorang wartawan dilaporkan mengalami kecederaan di lutut semasa kekecohan itu.
Mahathir dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Demikianlah Artikel [Video 'Mereka memang nak cederakan Tun M'] 'Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma'

Sekianlah artikel [Video 'Mereka memang nak cederakan Tun M'] 'Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video 'Mereka memang nak cederakan Tun M'] 'Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/video-mereka-memang-nak-cederakan-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :