TIADA RUANG UNTUK PENGIPAS DALAM UMNO - HISHAMMUDDIN

TIADA RUANG UNTUK PENGIPAS DALAM UMNO - HISHAMMUDDIN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TIADA RUANG UNTUK PENGIPAS DALAM UMNO - HISHAMMUDDIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TIADA RUANG UNTUK PENGIPAS DALAM UMNO - HISHAMMUDDIN
link : TIADA RUANG UNTUK PENGIPAS DALAM UMNO - HISHAMMUDDIN

Baca juga


TIADA RUANG UNTUK PENGIPAS DALAM UMNO - HISHAMMUDDIN


Tiada ruang untuk pengipas dalam UMNO - Hishammuddin


Labuan: Kemunculan 'Apple Polisher' atau 'Pengipas' dalam Umno adalah perkara biasa, tetapi elemen ini tidak sekali-kali akan dibiarkan terus wujud dalam parti.

Naib presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sindrom 'mengipas' ini berlaku semata-mata untuk kepentingan peribadi orang-orang berkenaan.

"Pengipas ini mengipas (pemimpin parti), namun pimimpin parti tidak akan memberi laluan kepada mereka untuk mencapai matlamat peribadi, atau merosakkan kekuatan parti," kata Hishammuddin selepas mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Labuan di sini pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata pemimpin utama parti - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan beliau sendiri telah menempuh banyak cabaran hingga pucuk pimpinan parti sedar wujudnya agenda tersembunyi orang tertentu.

"Orang-orang ini (pengipas) sebenarnya tidak menyokong UMNO tetapi hanya hendak 'cari makan' atau melemahkan parti."

Hishammuddin sekali lagi menegaskan bahawa sebarang usaha untuk merosakkan hubungan dalam kalangan tiga pemimpin utama UMNO itu tidak akan berjaya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, Sabah dan Labuan akan terus menjadi kubu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14.

Beliau berkata perjuangan UMNO yang tidak berdasarkan kepentingan peribadi itu bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi untuk semua kaum.

"Melalui perpaduan di kalangan rakyat dan anggota parti, kita yakin BN akan menang dengan majoriti lebih besar," kata beliau.

Beliau berkata perpaduan anggota-anggota UMNO Bahagian Labuan boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di seluruh negara.

Hishamuddin berkata anggota UMNO bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat dan "usaha kuat" mereka akan menjamin kemenangan BN pada PRU14.

Sementara itu, beliau menegaskan UMNO telah meletakkan negara di tahap yang lebih tinggi hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Kepimpinan Datuk Seri Najib yang diiktiraf antarabangsa membolehkan beliau menerima jemputan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada September," kata beliau.




Demikianlah Artikel TIADA RUANG UNTUK PENGIPAS DALAM UMNO - HISHAMMUDDIN

Sekianlah artikel TIADA RUANG UNTUK PENGIPAS DALAM UMNO - HISHAMMUDDIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TIADA RUANG UNTUK PENGIPAS DALAM UMNO - HISHAMMUDDIN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/tiada-ruang-untuk-pengipas-dalam-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :