TH NASIHAT JEMAAH JUMPA KAUNSELOR JIKA ADA MASALAH

TH NASIHAT JEMAAH JUMPA KAUNSELOR JIKA ADA MASALAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TH NASIHAT JEMAAH JUMPA KAUNSELOR JIKA ADA MASALAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TH NASIHAT JEMAAH JUMPA KAUNSELOR JIKA ADA MASALAH
link : TH NASIHAT JEMAAH JUMPA KAUNSELOR JIKA ADA MASALAH

Baca juga


TH NASIHAT JEMAAH JUMPA KAUNSELOR JIKA ADA MASALAH


Tabung Haji


Jemaah haji Malaysia tidak perlu berasa malu dan bimbang untuk mendapatkan khidmat nasihat di Unit Kaunseling Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci kerana semua permasalahan yang dibincangkan akan dirahsiakan.

Pengurus Kaunseling 1438 Hijrah Fauziah Ahmad memberi jaminan bahawa aspek kerahsiaan menjadi keutamaan bagi setiap kes yang dirujuk di unit berkenaan, dan jemaah tidak perlu berasa sangsi untuk hadir dalam sesi runding cara tertutup bagi menyelesaikan permasalahan mereka.

Beliau berkata kesemua tujuh kaunselor TH di Tanah Suci temasuk seorang daripada Kementerian Kesihatan dan tiga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tertakluk kepada Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) yang mewajibkan mereka mematuhi kod etika profesion berkenaan.

"Saya sarankan kepada jemaah yang menghadapi tekanan emosi dengan rakan sebilik atau menghadapi masalah hubungan suami isteri, datanglah ke unit kaunseling kerana kita ada kaunselor bertauliah dilantik Tabung Haji yang boleh kendalikan isu sehingga mereka rasa selesa dan diselesaikan.

"Misalnya, bagi kes melibatkan suami isteri, kita ada sediakan borang persetujuan untuk ditandatangani kaunselor dan pelanggan (suami isteri terbabit) bagi menjaga kerahsiaan runding cara itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat TH di Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini.

Sementara itu, Fauziah berkata jemaah haji yang menghadapi masalah dan bersedia untuk dirunding cara terutama membabitkan hal keluarga dan rakan sebilik, akan diberi borang ’Persetujuan Termaklum' sama ada untuk kaunseling individu ataupun berkelompok.

Dalam borang 'Persetujuan Termaklum' itu, perkara 5 di bawah tajuk 'Kerahsiaan dan Limitasi Kerahsiaan' menyatakan "semua perbincangan dalam sesi adalah dirahsiakan."

Beliau berkata unit itu juga melaksanakan khidmat ziarah dari bilik ke bilik secara rambang di maktab penginapan bagi memberikan semangat serta motivasi, dan tidak hanya menunggu jemaah tampil mengadu permasalahan yang mereka hadapi.

Fauziah berkata antara kes yang dirujuk di unit berkenaan adalah melibatkan hubungan suami isteri, ibu dan anak, rakan sebilik, perasaan serta emosi individu.

"Saya nasihatkan kepada jemaah haji, jangan berasa tertekan untuk bertemu dengan kaunselor kerana permasalahan akan hanya mengganggu tumpuan terhadap ibadah mereka," katanya.

Sehingga kini, sebanyak 16 kes dirujuk ke unit berkenaan di Makkah dan 21 kes dirujuk di Madinah.




Demikianlah Artikel TH NASIHAT JEMAAH JUMPA KAUNSELOR JIKA ADA MASALAH

Sekianlah artikel TH NASIHAT JEMAAH JUMPA KAUNSELOR JIKA ADA MASALAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TH NASIHAT JEMAAH JUMPA KAUNSELOR JIKA ADA MASALAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/th-nasihat-jemaah-jumpa-kaunselor-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :