Judul : [TEMERLOH] DUA PENAGIH DADAH LOLOS DARI TAHANAN
link : [TEMERLOH] DUA PENAGIH DADAH LOLOS DARI TAHANAN
[TEMERLOH] DUA PENAGIH DADAH LOLOS DARI TAHANAN
Dua lelaki dipercayai penagih dadah lolos dari tahanan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Temerloh di pejabat agensi itu di sini semalam.
Pengarah AADK Pahang, Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, Hairul Nizam Jasmi, 36, dan Mohammad Azmil Mohammad Khalib, 33, masing berasal dari Taman Sri Kemuning, Temerloh sedang dikesan pihaknya selepas melarikan diri ketika ditahan di ibu pejabat AADK Temerloh.
Difahamkan dua lelaki terbabit ditahan dalam operasi besar-besaran membanteras aktiviti pengedaran dan penagihan dadah dijalankan AADK Pahang di sekitar Temerloh sebelum mereka meloloskan diri kira-kira jam 9 malam.
Abdul Ghani berkata, polis turut memberikan kerjasama dalam operasi mencari dua lelaki terbabit dan pihaknya turut melakukan siasatan dalaman mengenai kejadian berkenaan.
"Siasatan dalaman juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana suspek meloloskan diri. Adakah anggota kita melanggar SOP (prosedur operasi standard) kerja. Itu kita akan siasat," katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki itu boleh menyalurkan kepada AADK Temerloh atau menghubungi balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.
Taman Seri Kemuning adalah lokasi perumahan kos rendah flat dua bilik sering dijadikan sasaran AADK membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan tersebut.
Demikianlah Artikel [TEMERLOH] DUA PENAGIH DADAH LOLOS DARI TAHANAN
Sekianlah artikel [TEMERLOH] DUA PENAGIH DADAH LOLOS DARI TAHANAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] DUA PENAGIH DADAH LOLOS DARI TAHANAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/temerloh-dua-penagih-dadah-lolos-dari.html