[PEKAN] BANGGA JADI PENENUN DIRAJA

[PEKAN] BANGGA JADI PENENUN DIRAJA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PEKAN] BANGGA JADI PENENUN DIRAJA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PEKAN] BANGGA JADI PENENUN DIRAJA
link : [PEKAN] BANGGA JADI PENENUN DIRAJA

Baca juga


[PEKAN] BANGGA JADI PENENUN DIRAJA


Bangga jadi penenun Diraja


Bertuah. Itu yang boleh diungkapkan bagi dua wanita masyarakat Orang Asli yang berasal dari Pos Betau, Kuala Lipis apabila diberi peluang menjadi antara pelajar sekali gus penenun kain Tenun Diraja Pahang di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) Tengku Ampuan Besar Meriam, di sini.

Jarak lebih kurang 200 kilometer dari kampung halaman tidak menghalang mereka merebut peluang bagi memperoleh Sijil Seni Kraf Tenunan secara sepenuh masa selama dua tahun di institut berkenaan untuk belajar menenun kain Tenun Pahang Diraja yang dinaungi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut, Naera Bahdu, 23, kerja menenun sukar dilakukan jika tidak disertai minat, usaha dan kesabaran tinggi untuk menyiapkan setiap kain tenun yang berukuran lebih kurang dua meter bagi setiap rekaan dihasilkan.

“Pada peringkat awal belajar berasa amat sukar kerana kami datang ke sini ‘kosong’ dan tak tahu apa-apa tentang ilmu menenun, yang kami tahu hanya songket dan batik.

“Saya pernah menitiskan air mata dan berasa untuk berhenti belajar kerana ada kalanya tak boleh fokus untuk memahami apa yang diajarkan tetapi berkat kesabaran dan tunjuk ajar cikgu saya berjaya mengharunginya.

“Setelah berada di sini selama dua tahun, saya sudah menghasilkan lebih daripada 10 corak kain tenun,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Projek Kraf KampungKu (KKK) Tenun Pahang Diraja di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi, di sini.

Dalam pada itu, katanya, perkara yang sukar sepanjang tempoh pembelajaran adalah ketika proses mengenal benang.

“Perkara lain yang perlu diberikan fokus adalah ketika memisahkan benang daripada gumpalan, memahami teknik colek dan sapuan, meloseng sehingga ke peringkat menenun.

“Walaupun susah, saya berusaha belajar kerana bukan senang untuk dapat peluang ini. Jadi saya perlu dapatkan ilmu ini sehingga mahir,” katanya yang turut mengambil kursus lanjutan enam bulan lagi dan akan tamat November depan.

Sementara itu, bagi Azizah Bahkendas, 22, yang masih mengikuti latihan jangka pendek selama enam bulan di institut ini sebelum mula bekerja sebagai penenun berkata, bukan mudah baginya belajar menenun.

“Memang mula-mula rasa juga hendak berhenti sebab tak pandai. Selepas setahun di sini, baru saya kenal tentang tenun, dapat bermain dengan warna, motif, corak, rekaan, konsep dan akhirnya dapat menenun dengan baik sekali.

“Susah macam mana pun, kalau melihat hasil sendiri akan berasa gembira walaupun jari hampir terluka dan kebas kerana asyik menarik dan memintal benang ketika menenun,” katanya.

Azizah Bahkendas rasa bertuah diberi peluang belajar dan menjadi sebahagian penenun Tenun Pahang Diraja.





Demikianlah Artikel [PEKAN] BANGGA JADI PENENUN DIRAJA

Sekianlah artikel [PEKAN] BANGGA JADI PENENUN DIRAJA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PEKAN] BANGGA JADI PENENUN DIRAJA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/pekan-bangga-jadi-penenun-diraja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :