Judul : Mahkamah dengar kes Hadi saman Editor Sarawak Report
link : Mahkamah dengar kes Hadi saman Editor Sarawak Report
Mahkamah dengar kes Hadi saman Editor Sarawak Report
Mahkamah Tinggi London juga mahu Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown membuat pembelaan awal dalam tempoh 21 hari berhubung saman dibawa Presiden PAS April lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari in, Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mahkamah pada 2 Ogos lalu mengarahkan Brown membuat pembelaan beliau dalam tempoh 21 hari supaya kes itu dapat diteruskan.
“Dan, beliau (Brown) tidak lagi berlarutan untuk berdolak dalih. Permohonan rayuan Brown terhadap keputusan ini juga telah tidak dbenarkan oleh mahkamah,” kata beliau.
Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai sangat positif dalam proses Hadi untuk membersihkan namanya terhadap tuduhan fitnah melampau oleh Brown dan artikelnya dalam Sarawak Report.
Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos tahun lalu yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Sebelum ini Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetapi enggan mendedahkan jumlahnya.
Demikianlah Artikel Mahkamah dengar kes Hadi saman Editor Sarawak Report
Sekianlah artikel Mahkamah dengar kes Hadi saman Editor Sarawak Report kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah dengar kes Hadi saman Editor Sarawak Report dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/mahkamah-dengar-kes-hadi-saman-editor.html