Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’

Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’ - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’
link : Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’

Baca juga


Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’

 | August 30, 2017
Pegawai, atlet, wartawan dan penyokong Thai, melihat KL 2017 kejohanan paling teruk dalam sejarah Sukan SEA dari segi pengurusan dan penganjuran.
thailand-seagames 
PETALING JAYA: Kekalahan Malaysia di tangan Thailand pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA semalam mungkin bukan lagi mengenai kilauan emas untuk kontinjen Thailand dan penyokong mereka, lapor The Bangkok Post.

Rakyat Thai dilaporkan menggelar Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 “SEA Kong”, yang bermaksud “SEA Menipu” dalam bahasa Thai.
Jadi, memenangi acara paling ditonton dalam kejohanan itu, dan mengalahkan Malaysia dengan gol sendiri pula, mendorong sesetengah rakyat Thai mendakwa ia hukum karma.

Menurut akhbar berbahasa Inggers tu, kontinjen Thai tidak percaya tuan rumah memenangi hampir semua acara Sukan SEA “secara adil”.
“Ramai pegawai, atlet, wartawan dan penyokong Thai, melihat KL 2017 kejohanan paling teruk dalam sejarah pengurusan dan penganjuran Sukan SEA.
“Thana Chaiprasit, ketua delegasi Thailand untuk beberapa acara antarabangsa termasuk Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA, berkata pengurusan KL 2017 paling teruk pernah dilihatnya,” kata Bangkok Post.

Akhbar itu memetik Chaiprasit berkata pegawai negara lain juga berpendapat sama tetapi tidak membuat aduan rasmi kepada penganjur kerana usaha itu akan sia-sia memandangkan “tuan rumah hanya mahu menjadi juara keseluruhan”.
Antara dakwaan dibuat oleh kontinjen Thai kepada media tempatan, dan juga kes pengurusan teruk yang membantu Malaysia:
  • Dalam Pencak Silat, seorang atlet Malaysia diumum pemenang selepas dia tercedera dalam perlawanan akhir menentang atlet Thai.
  • Seorang atlet Malaysia menang pingat emas dalam acara jalan kaki wanita selepas dia secara jelas berlari ke garisan penamat di bahagian terakhir perlumbaan itu.
  • Dalam gymnastik, 2 atlet Malaysia diberi pingat emas dalam acara yang sama.
  • Perlawanan akhir Muay Thai pada asalnya dijadualkan pada 3.00 petang tetapi tuan rumah mengubah masa kepada 1.00 pagi.
Laporan itu melaporkan gambar maskot Sukan SEA yang tertera angka 100, selepas Malaysia meraih emas ke-100, dikritik, dicemuh dan disindir hebat di laman web Thai.
“Malaysia patut menang 1 juta pingat emas,” kata seorang penyokong Thai, dan “100 pingat emas Sukan SEA tapi tiada pingat emas Olimpik,” kata seorang lagi, menurut Bangkok Post.

Ini kali kedua dalam sejarah Sukan SEA di mana Malaysia menjadi juara keseluruhan. Kali pertama perkara itu berlaku pada 2001, ketika sukan itu juga diadakan di Kuala Lumpur.


Demikianlah Artikel Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’

Sekianlah artikel Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’ dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/laporan-rakyat-thai-gelar-kl2017-sukan.html

Subscribe to receive free email updates: