LAGI KILANG DIDAKWA SEBARKAN PENCEMARAN

LAGI KILANG DIDAKWA SEBARKAN PENCEMARAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LAGI KILANG DIDAKWA SEBARKAN PENCEMARAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LAGI KILANG DIDAKWA SEBARKAN PENCEMARAN
link : LAGI KILANG DIDAKWA SEBARKAN PENCEMARAN

Baca juga


LAGI KILANG DIDAKWA SEBARKAN PENCEMARAN




Pulau Pinag - Selepas kilang haram pembakaran habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti didakwa menyebabkan pencemaran alam sekitar yang teruk, sebuah lagi kilang salut besi di Kampung Tuk Subuh, Bukit Minyak di sini turut dikatakan mengancam keselamatan penduduk.

Ong Cheng Giap menunjukkan penyakit kulit yang dialaminya dipercayai berpunca daripada operasi kilang salut besi berdekatan rumahnya di Kampung Tuk Subuh, Bukit Minyak, Pulau Pinang, semalam.

Kilang itu yang beroperasi sejak 2014 dikatakan membebaskan asap yang bukan sahaja mencemarkan udara, malah menyebabkan penduduk di sekitarnya menderita penyakit kulit yang serius.

Seorang penduduk, Ong Cheng Giap, 43, mendakwa, dia serta 11 ahli keluarganya menga­lami masalah alahan kulit termasuk gatal-gatal sejak kilang itu yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya mula beroperasi.

Menurutnya, selain masalah alahan kulit, ahli keluarganya terutama kanak-kanak turut mengalami masalah pedih kerongkong dan sakit tekak.

Katanya, pemeriksaan di hospital turut mengesahkan mereka sekeluarga berdepan dengan pencemaran udara dan dipercayai berpunca daripada asap yang dibebaskan kilang berkenaan.

“Sebelum kilang ini berope­rasi pada 2014, kami sekeluarga tidak pernah mengalami masalah kesihatan seperti ini.

“Malah, kami juga terta­nya-tanya bagaimana kilang ini boleh diluluskan operasinya di dalam kawasan kampung apabila jarak rumah kami dengan kilang terlalu dekat iaitu kira-kira 100 meter sahaja,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama-sama Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Tang Hiang Lye supaya siasatan dapat dibuat berhubung status operasi kilang tersebut.

Menurut Cheng Giap, dia dan beberapa penduduk lain sebelum ini sudah hampir 10 kali membuat laporan berhubung operasi kilang itu kepada Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, namun tiada tindakan susulan diambil mana-mana pihak.

Malah katanya, penduduk juga beberapa kali cuba bertemu dengan tuan tanah di mana kilang itu beroperasi namun gagal kerana pemiliknya enggan bertemu penduduk.

Sementara itu, Hiang Lye berkata, pihaknya berharap SPRM dapat menyiasat status operasi kilang tersebut kerana khuatir dilindungi pihak tertentu memandangkan beberapa a­duan penduduk terhadap pihak berwajib tidak diambil peduli.

“Lebih mengecewakan, kita difahamkan penduduk juga mengadu masalah ini kepada wakil rakyat di sini termasuk­ Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang, Phee Boon Poh namun jawapan yang diterima adalah supaya mereka tidak mempolitikkan isu ini,” katanya.




Demikianlah Artikel LAGI KILANG DIDAKWA SEBARKAN PENCEMARAN

Sekianlah artikel LAGI KILANG DIDAKWA SEBARKAN PENCEMARAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LAGI KILANG DIDAKWA SEBARKAN PENCEMARAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/lagi-kilang-didakwa-sebarkan-pencemaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :