[KUANTAN] MPK NAIK TARAF KEMUDAHAN TAMAN GELORA

[KUANTAN] MPK NAIK TARAF KEMUDAHAN TAMAN GELORA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] MPK NAIK TARAF KEMUDAHAN TAMAN GELORA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] MPK NAIK TARAF KEMUDAHAN TAMAN GELORA
link : [KUANTAN] MPK NAIK TARAF KEMUDAHAN TAMAN GELORA

Baca juga


[KUANTAN] MPK NAIK TARAF KEMUDAHAN TAMAN GELORA


MPK naik taraf kemudahan Taman Gelora



Penaiktarafan kemudahan di taman awam termasuk Taman Gelora akan dilaksanakan bagi memastikan taman rekreasi tersebut boleh digunakan secara berterusan oleh warga Kuantan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato' Fadzilla Salleh berkata, langkah tersebut akan dilakukan oleh pihaknya dalam usaha memberi keselesaan kepada orang ramai yang menggunakan kemudahan di taman itu.

Bagaimanapun, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menyalahgunakan kemudahan disediakan.

“Ada aduan yang diterima mengenai motosikal yang guna trek berjogging di taman ini. Perbuatan sedemikian undang rasa tak selesa orang awam yang sedang beriadah di kawasan terbabit.

“Kita ambil serius aduan ini dan akan bina penghadang bagi menghalang kenderaan masuk di kawasan tidak sepatutnya. Malah aspek penguatkuasaan juga kita akan lakukan bagi mengelak masalah sama berulang ,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Gotong-Royong Merdeka 2017 di Taman Gelora di sini, semalam.

Kira-kira 200 daripada pelbagai agensi kerajaan, pekerja MPK, dan NGO telah terlibat dalam program yang dianjurkan itu.

Fadzilla juga mahu warga Kuantan menjaga kemudahan awam yang disediakan di taman awam.

“Kita nak orang ramai jaga kebersihan kerana pihak berkaitan sudah sedaya upaya membersihkan kawasan tersebut dengan sebaiknya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat, sekiranya mereka ada melihat individu atau kumpulan yang melakukan vandalisme di taman awam seliaan MPK.

“Kita minta aduan itu segera dilakukan supaya tindakan segera dapat dilakukan oleh MPK kepada individu terlibat,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] MPK NAIK TARAF KEMUDAHAN TAMAN GELORA

Sekianlah artikel [KUANTAN] MPK NAIK TARAF KEMUDAHAN TAMAN GELORA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] MPK NAIK TARAF KEMUDAHAN TAMAN GELORA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/kuantan-mpk-naik-taraf-kemudahan-taman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :