Isu baju lokap SPRM: Dzulkifli jengkel, sedia ke mahkamah

Isu baju lokap SPRM: Dzulkifli jengkel, sedia ke mahkamah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu baju lokap SPRM: Dzulkifli jengkel, sedia ke mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu baju lokap SPRM: Dzulkifli jengkel, sedia ke mahkamah
link : Isu baju lokap SPRM: Dzulkifli jengkel, sedia ke mahkamah

Baca juga


Isu baju lokap SPRM: Dzulkifli jengkel, sedia ke mahkamah

 Malaysiakini 17/8/17
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad jengkel apabila diajukan soalan bahawa adalah menyalahi undang-undang apabila memaksa individu yang ditahan atas siasatan rasuah dipaksa memakai pakaian lokap berwarna oren.

"Undang-undang mana yang mengatakan begitu?" soalnya selepas wartawan memintanya mengulas kenyataan Anggota Parlimen Padang Serai N Surendran yang berkata, amalan itu melanggar prinsip bahawa seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
Malah katanya, tindakan SPRM itu menyalahi undang-undang serta melanggar perlembagaan persekutuan.

Diasak lanjut mengenai isu itu, Dzulkifli berkata jika sesiapa tidak berpuas hati dengan pakaian lokap itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah.
"Jika ini tidak sah, bawa ke mahkamah dan cabar kami.
"Jika tidak berpuas hati, mereka boleh membawanya ke mahkamah," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur.

Surendran mengulas penahanan berprofil tinggi iaitu anggota exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang dibawa ke mahkamah dengan memakai pakaian okap SPRM berwarna oren.

Menurutnya, seseorang yang ditahan untuk membantu siasatan mesti dibenarkan memakai pakaiannya sendiri dan bukan pakaian yang disediakan pihak berkuasa yang menahannya.
 Malah, kata Surendran, seseorang yang diminta berpakaian sedemikan boleh menolaknya dari sudut undang-undang.

"Dipaksa memakai pakaian berwarna oren yang terang dan diarak di premis mahkamah adalah menghina orang yang ditangkap dan mencetuskan tanggapan bahawa dia memang salah atau melakukan jenayah, walaupun mahkamah belum memutuskan bersalah.

"Gambar dan video orang yang ditahan memakai pakaian ini disiarkan di akhbar dan televisyen, dengan itu memalukan individu ini yang masih belum bersalah dari sudut undang-undang," katanya.



Demikianlah Artikel Isu baju lokap SPRM: Dzulkifli jengkel, sedia ke mahkamah

Sekianlah artikel Isu baju lokap SPRM: Dzulkifli jengkel, sedia ke mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu baju lokap SPRM: Dzulkifli jengkel, sedia ke mahkamah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/isu-baju-lokap-sprm-dzulkifli-jengkel.html

Subscribe to receive free email updates: