GERHANA BULAN SEPARA KELIHATAN DI TANAH SUCI

GERHANA BULAN SEPARA KELIHATAN DI TANAH SUCI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GERHANA BULAN SEPARA KELIHATAN DI TANAH SUCI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GERHANA BULAN SEPARA KELIHATAN DI TANAH SUCI
link : GERHANA BULAN SEPARA KELIHATAN DI TANAH SUCI

Baca juga


GERHANA BULAN SEPARA KELIHATAN DI TANAH SUCI


Gerhana bulan separa


Makkah -  Fenomena Gerhana Bulan Separa mula kelihatan di Tanah Suci pada 6.50 petang waktu tempatan Isnin (11.50 malam Isnin waktu Malaysia).

Jemaah yang berada di kawasan Masjidil Haram dan penduduk di sekitar kota suci Makkah dapat menyaksikan fenomena berkenaan dengan jelas selama kira-kira lima jam, dengan kemuncaknya pada 9.21 malam waktu Arab Saudi (2.21 pagi Selasa waktu Malaysia).

Fenomena yang djangka berlaku sekali lagi pada Julai 2019 itu, berakhir pada 11.30 malam (4.30 pagi waktu Malaysia).

Berikutan fenomena itu, diadakan solat sunat khusuf (gerhana bulan) di Masjidil Haram, dan diikuti bacaan khutbah kira-kira 15 minit yang disampaikan imam masjid itu.

Menurut portal astronomi amatur Malaysia falakonline, gerhana bulan separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan bulan, telah terlindung oleh jasad bumi.

Secara amnya, gerhana ini berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan. Walaupun ia nampak seperti sebaris, jika dilihat dari satah ‘tepi’, bulan berada sedikit ke atas daripada garisan matahari dan bumi. Ini akan menyebabkan ia tidak akan dilindungi sepenuhnya oleh bayang-bayang bumi.

Daripada sudut pandangan Islam, berikutan fenomena itu, semua umat Islam disarankan menunaikan solat sunat khusuf di masjid atau surau berdekatan, bersedekah dan memperbanyakkan doa.




Demikianlah Artikel GERHANA BULAN SEPARA KELIHATAN DI TANAH SUCI

Sekianlah artikel GERHANA BULAN SEPARA KELIHATAN DI TANAH SUCI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GERHANA BULAN SEPARA KELIHATAN DI TANAH SUCI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/gerhana-bulan-separa-kelihatan-di-tanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :