[BENTONG] 'MEREKA PERLU DIINGATKAN SEMULA'

[BENTONG] 'MEREKA PERLU DIINGATKAN SEMULA' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BENTONG] 'MEREKA PERLU DIINGATKAN SEMULA', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BENTONG] 'MEREKA PERLU DIINGATKAN SEMULA'
link : [BENTONG] 'MEREKA PERLU DIINGATKAN SEMULA'

Baca juga


[BENTONG] 'MEREKA PERLU DIINGATKAN SEMULA'


‘Mereka perlu diingatkan semula’


Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bentong dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Bentong dan Majlis Perbandaran Daerah Bentong telah menganjurkan Kempen Negaraku Sehati Sejiwa dan Konvoi Merdeka di Karnival Bentong, Padang Tras di sini, semalam.

Pegawai Daerah Bentong, Datuk Azhar Arshad berkata, program bersempena sambutan hari kemerdekaan itu diadakan bertujuan menyemai semangat kebebasan kepada generasi kini. 

Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan antaranya ambang merdeka, kempen satu rumah satu bendera dan bicara bersama tokoh.

“Program ini turut dimeriahkan dengan acara konvoi melibatkan 20 motosikal Yamaha RXZ dan 20 Perodua Kancil.

“Konvoi kereta dan motor mempunyai laluan yang berbeza...konvoi motosikal bermula daripada Padang Tras ke Lebu, Felda Mempaga seterusnya ke Karak manakala konvoi kereta pula menuju ke Simpang Pelangai bagi mempromosi kempen itu.

“Acara itu juga mempromosikan Karnival Bentong yang telah pun bermula pada 18 Ogos lalu dan akan berakhir pada ambang merdeka iaitu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran kermpen berkenaan di sini.

Destinasi konvoi motosikal Yamaha RXZ bermula dari Padang Tras menuju ke Simpang Pelangai.


Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong (MPB), Datuk Mohammad Shahid Ismail dan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, Misnan Mohd Damin.

Dalam pada itu, Azhar turut menyeru golongan muda agar sentiasa peka dengan kebebasan yang telah dinikmati sehingga kini.

“Seperti kita tahu, nak dapatkan status bebas bukan senang. Perlu korban keringat dan darah...sebab itu program seperti ini penting untuk anak-anak muda.

“Supaya mereka tahu betapa payahnya perjalanan pejuang-pejuang negara. Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun juga mempunyai peranan penting kepada pembangunan negara.

“Negara kita dijajah terlalu lama dan generasi muda perlu diingatkan semula,” katanya.




Demikianlah Artikel [BENTONG] 'MEREKA PERLU DIINGATKAN SEMULA'

Sekianlah artikel [BENTONG] 'MEREKA PERLU DIINGATKAN SEMULA' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BENTONG] 'MEREKA PERLU DIINGATKAN SEMULA' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/bentong-mereka-perlu-diingatkan-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :