[BENTONG] HALIA BENTONG BERNILAI TINGGI

[BENTONG] HALIA BENTONG BERNILAI TINGGI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BENTONG] HALIA BENTONG BERNILAI TINGGI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BENTONG] HALIA BENTONG BERNILAI TINGGI
link : [BENTONG] HALIA BENTONG BERNILAI TINGGI

Baca juga


[BENTONG] HALIA BENTONG BERNILAI TINGGI


Halia Bentong bernilai tinggi


Pengeluaran halia Bentong perlu dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan tinggi dalam pasaran tempatan dan luar negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak kementerian dengan kerjasama pelbagai pihak akan berusaha menggandakan jumlah pengeluaran halia Bentong yang kini merekodkan pengeluaran kira-kira 7,000 tan metrik setahun.

“Perkara utama ialah soal tanah kerana halia Bentong hanya boleh dikeluarkan di Bentong yang mana belum ada teknologi untuk bawa halia Bentong ke tempat lain malah tanah yang digunakan untuk penanaman halia Bentong juga perlu direhatkan dua atau tiga tahun.

“Jadi kita memerlukan kerjasama dari pejabat tanah dan sebagainya untuk melihat bagaimana cara penggunaan tanah kerana seboleh-bolehnya kita mahu menggandakan pengeluarannya dalam masa beberapa tahun,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke kawasan tanaman halia di Bukit Tinggi, Bentong di sini.

Turut hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pegawai Daerah, Datuk Azhar Arshad.

Ahmad Shabery berkata, pada masa ini jumlah pengeluaran halia negara masih rendah dan menyebabkan negara terpaksa mengimport kira-kira 30,000 tan metrik halia setahun.

Menurutnya, pengeluaran halia Bentong di kawasan seluas kira-kira 395 hektar pada masa ini ialah kira-kira 7,000 tan metrik iaitu melebihi separuh daripada pengeluaran halia negara.

“Halia Bentong adalah halia terbaik dan mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat dalam dan luar negara. Halia ini istimewa dan miliki banyak khasiat dan perlu diberi tumpuan pelbagai pihak bagi meningkatkan lagi pengeluarannya,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak kementerian akan membina sebuah pusat pengumpulan dan pemasaran pertanian bernilai kira-kira RM1 juta di Bukit Tinggi di sini bagi membantu memasarkan hasil pertanian segar di daerah ini.

“Pihaknya telah mengenal pasti lokasi pusat berkenaan yang dijangka siap menjelang hujung tahun ini. 

"Pusat pengumpulan dan pemasaran dengan konsep Bentong Fresh ini akan memasarkan pelbagai produk pertanian di daerah ini termasuklah halia Bentong yang merupakan halia terbaik,” katanya.




Demikianlah Artikel [BENTONG] HALIA BENTONG BERNILAI TINGGI

Sekianlah artikel [BENTONG] HALIA BENTONG BERNILAI TINGGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BENTONG] HALIA BENTONG BERNILAI TINGGI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/bentong-halia-bentong-bernilai-tinggi.html

Subscribe to receive free email updates: