BAPA RAYU DANA PEMBEDAHAN ANAK

BAPA RAYU DANA PEMBEDAHAN ANAK - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAPA RAYU DANA PEMBEDAHAN ANAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAPA RAYU DANA PEMBEDAHAN ANAK
link : BAPA RAYU DANA PEMBEDAHAN ANAK

Baca juga


BAPA RAYU DANA PEMBEDAHAN ANAK


Bapa rayu dana pembedahan anak


Seorang bapa tunggal dari Kampung Paya Berenjut, Kemaman, memohon bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya berusia 12 tahun yang mempunyai masalah jantung berlubang congenital asianotik.

Rudi Abdul Wahab, 39, berkata, anaknya, Nurul Natasha Nadi disahkan mengidap penyakit itu ketika sejak lahir dan pernah menjalani pembedahan pertama di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum ini ketika berusia 10 tahun.

“Anak saya memerlukan rawatan susulan dan berterusan namun kami menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan rawatan perubatan di mana-mana hospital termasuk IJN.

“Saya memohon belas ihsan semua pihak agar dapat membantu dan menghulurkan sumbangan membiayai kos pembedahan jantungnya yang kedua berjumlah RM80,000.
Advertisement

“Pembedahan tersebut sepatutnya dilakukan pada 15 Disember 2015 tetapi sudah banyak kali terpaksa ditangguhkan kerana hanya dengan bekerja sebagai nelayan dan saya masih tak mampu untuk sediakan kos yang tinggi itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya sebelum ini, pihak hospital berjaya menutup satu daripada tiga lubang yang terdapat pada jantungnya dengan kos bernilai RM42,000.

Dalam pada itu, katanya, pendapatan bulanannya tidak menentu hanya sekitar RM400 sebulan dan turut menanggung seorang lagi anak perempuan berusia 14 tahun.

“Isteri saya telah meninggal ketika melahirkan Nurul Natasha dan saya perlu menguruskan anak-anak sendirian serta kadangkala dibantu ibu bapa yang sudah tua.

“Setakat ini saya telah berusaha dan hanya memperoleh RM9,000 sahaja dan nilainya masih jauh bagi urusan rawatan pembedahan tersebut yang diperlukan dengan kadar segera bagi menyelamatkan anak saya,” katanya.

Sementara itu, katanya, keadaan anaknya bertambah kronik memandangkan turut mempunyai masalah buah pinggang ketika berusia sembilan tahun dan berkemungkinan akan dibuang pada bila-bila masa.

“Keadaannya memang sentiasa sakit dan badannya pula semakin susut,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (Rudi Abdul Wahab) 011111-41-00003592-4 dan Sebarang pertanyaan boleh hubungi beliau di talian 011-25581043.




Demikianlah Artikel BAPA RAYU DANA PEMBEDAHAN ANAK

Sekianlah artikel BAPA RAYU DANA PEMBEDAHAN ANAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BAPA RAYU DANA PEMBEDAHAN ANAK dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/bapa-rayu-dana-pembedahan-anak.html

Subscribe to receive free email updates: