AJAIBNYA DAP TIDAK BOLEH DISIASAT?

AJAIBNYA DAP TIDAK BOLEH DISIASAT? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AJAIBNYA DAP TIDAK BOLEH DISIASAT?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AJAIBNYA DAP TIDAK BOLEH DISIASAT?
link : AJAIBNYA DAP TIDAK BOLEH DISIASAT?

Baca juga


AJAIBNYA DAP TIDAK BOLEH DISIASAT?


Image result for dap


Kuasa dan rasuah saling ber­iringan. Sebab itu, frasa yang terbit daripada Lord Acton masih kekal relevan hingga hari ini walaupun telah lebih satu abad diungkapkan.

Kata ahli sejarah Inggeris abad ke-19 itu, kuasa menyebabkan kecenderungan kepada rasuah atau dalam bahasa Inggerisnya power tends to corrupt. Namun ajaibnya, kata-kata Acton yang masyhur di seluruh dunia itu seolah-olah perlu dikecualikan untuk pemimpin Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Daripada dua siasatan Suru­han­jaya Pencegahan Rasuah Ma­laysia (SPRM) melibatkan pe­mimpin mereka sebelum ini, jelas dapat dilihat satu persepsi cu­ba diwujudkan - mereka tidak mungkin melakukan jenayah itu.

Bahkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng ketika disiasat membeli banglo mewah jauh lebih rendah daripada harga pasaran awal-awal menyifatkan tindakan SPRM itu bermotifkan politik.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan itu meletakkan diri beliau dan pe­mimpin DAP lain dalam kerajaan negeri seolah-olah ‘mangsa’. Kenapa mereka tidak boleh menjadi se­perti manusia lain di seluruh dunia yang terbuka untuk disiasat. Lagi pun disiasat bukan semestinya bersalah, bahkan mampu membersihkan nama jika didapati sebaliknya.

Satu sudut yang jelas, mereka terang-terangan mendahului sia­­satan. Dalam kes terbaharu me­libatkan Pengerusi Jawatan­kuasa Kebajikan, Masyarakat Penya­­yang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, kelihatan Guan Eng turut sama terlibat berhimpun me-
n­yatakan sokongan kepada Exco itu.

Paling tular, apabila Guan Eng mendakwa kerajaan negeri ‘tiada kuasa’ terhadap kilang haram sedangkan ironinya di Selangor, seorang Exco DAP menggalas tugas portfolio Pemutihan Kilang Haram negeri.

Seharusnya berikan kerja­sama penuh kepada siasatan SPRM tanpa mengambil pendirian memihak kerana rasuah boleh berlaku di mana sahaja kepada mereka yang ada kuasa.

Bukan sahaja pemimpin politik dan sektor korporat, malah institusi agama dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang terkenal dengan urus tadbir dengan integriti yang tinggi juga tidak terkecuali.

SPRM perlu diberi ruang penuh untuk menyiasat Boon Poh, tidak harus ada kacau ganggu termasuk permainan persepsi daripada pemimpin negeri. Biar siasatan menentukan sama ada wujud kes untuk pendakwaan atau sebaliknya.

Yang pastinya, tanpa kuasa, seseorang itu tidak akan diuji dengan segala macam nikmat dunia. Ingatlah, sewaktu jadi pembangkang memang mudah untuk menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) itu dan ini.

Apabila kuasa beralih kepada mereka, waktu itu baru tahu tinggi rendahnya langit apabila 1001 macam ujian datang. Bimbang-bimbang ibarat mengata dulang paku serpih.




Demikianlah Artikel AJAIBNYA DAP TIDAK BOLEH DISIASAT?

Sekianlah artikel AJAIBNYA DAP TIDAK BOLEH DISIASAT? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AJAIBNYA DAP TIDAK BOLEH DISIASAT? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/ajaibnya-dap-tidak-boleh-disiasat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :