2018 DIISYTIHARKAN TAHUN PERKASA WANITA

2018 DIISYTIHARKAN TAHUN PERKASA WANITA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2018 DIISYTIHARKAN TAHUN PERKASA WANITA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2018 DIISYTIHARKAN TAHUN PERKASA WANITA
link : 2018 DIISYTIHARKAN TAHUN PERKASA WANITA

Baca juga


2018 DIISYTIHARKAN TAHUN PERKASA WANITA


Rohani


Putrajaya - Tahun 2018 diisytiharkan sebagai Tahun Memperkasakan Wanita bagi mengurangkan kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan keluarga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata pelbagai program dan usaha akan diwujudkan untuk membangunkan dan memperkasakan usahawan wanita khususnya suri rumah, ibu tunggal dan wanita secara amnya yang layak di bawah kategori kumpulan berpendapatan terendah (B40).

Katanya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pemerkasaan ekonomi dan pembasmian kemiskinan seperti program Pembangunan Inisiatif Keusahawanan Wanita (DeWI), Bazar Wanita Laman Wanita (LaWa), Program 1Azam, dan Program keusahawanan Dasar Keluar Dua Tahun (2YEP) yang terus memberi perhatian kepada bantuan kebajikan secara langsung, serta penyediaan kemudahan bagi memperbaiki diri dan berupaya keluar dari putaran kemiskinan.

"Salah satu syor yang dicadangkan adalah usaha membantu golongan ini haruslah difokuskan ke arah meningkatkan pendapatan mereka, dan bagi golongan yang mempunyai minat keusahawan, bantuan dan latihan untuk berniaga boleh disalurkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM) - L'oreal: Women In Business di sini hari ini.

Rohani juga, berkata tanggapan terhadap golongan ibu tunggal, yang merupakan kumpulan sasar utama dalam projek keusahawanan, kononnya mereka sering gagal dalam bidang keusahawanan perlu dikikis.

Beliau berkata, 85,204 orang ibu tunggal berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga bulan Jun ini.

"Saya akan meminta pegawai saya untuk mengkategorikan ibu-ibu tunggal mengikut umur dan kemahiran masing-masing agar dapat menyediakan program-program mengikut kesesuaian bakat, mereka boleh menggunakan bakat mereka dalam memulakan perniagaan atau dalam penambahbaikan perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata program yang diinisiatif oleh NAWEM dengan kerjasama strategik bersama L'oreal Malaysia umpamanya amat bertepatan kerana ia akan membantu golongan wanita khususnya yang berada di kategori B40 menjana pendapatan melalui penjualan produk-produk L'oreal.

"Melalui jalinan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan, para wanita dapat mengenal pasti jenis bantuan yang bersesuaian dengan perniagaan mereka bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Rohani dalam ucapan perasmiannya berkata Sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan yang kebiasaannya disambut pada 25 Ogos setiap tahun dianjakkan kepada 4 Sept ini bagi memberi laluan kepada Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean kesembilan.




Demikianlah Artikel 2018 DIISYTIHARKAN TAHUN PERKASA WANITA

Sekianlah artikel 2018 DIISYTIHARKAN TAHUN PERKASA WANITA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2018 DIISYTIHARKAN TAHUN PERKASA WANITA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/2018-diisytiharkan-tahun-perkasa-wanita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :