PENGUMUMAN PAS KEDAH

PENGUMUMAN PAS KEDAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENGUMUMAN PAS KEDAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENGUMUMAN PAS KEDAH
link : PENGUMUMAN PAS KEDAH

Baca juga


PENGUMUMAN PAS KEDAH


Pas Kedah umum tanding 36 Dun, 15 Parlimen
Pas
Pas
ALOR SETAR – Pas Kedah hari ini mengumumkan parti itu akan bertanding bagi semua 36 kerusi Dun dan 15 kerusi parlimen dalam PRU14 akan datang.

Pesuruhjaya Pas Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata bagaimanapun keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi itu tertakluk kepada kehendak Pas pusat.

“Ia berasaskan kajian yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkenaan dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas di sini hari ini.

Pada PRU13, Pas bertanding bagi 24 kerusi Dun serta lapan kerusi parlimen, dan menang sembilan daripada kerusi Dun serta satu kerusi parlimen.

Dr Ahmad Fakhruddin berkata, keputusan itu juga dibuat memandangkan senario politik kini yang berbeza berbanding PRU sebelum ini, kesan pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur dan tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi ketika bersama Pas.

Katanya, sudah menjadi tradisi Pas untuk meletakkan calon  bagi kerusi majoriti Melayu menentang Barisan Nasional (BN), namun pada kali ini Pas akan cuba meneroka kerusi majoriti 60 peratus Melayu atau meletakkan calon Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di kawasan yang berpotensi.

Beliau berkata Pas akan turut menampilkan calon terdiri daripada golongan profesional, sekaligus menonjolkan imej parti itu yang bukan hanya terdiri daripada kumpulan ulama atau ahli agama sahaja.

“Senarai calon yang terdiri daripada 50 peratus muka lama dan 50 peratus muka baharu telah dihantar ke Majlis Syura Ulama sebelum dimuktamadkan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fakhruddin berkata Pas Kedah akan meneliti dan melihat kewajaran hukuman sebat di khalayak ramai seperti yang dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan sekiranya ia menjadi manifesto Pas Kedah pada PRU14.

 “Kita serah kepada Jawatankuasa Manifesto itu yang akan memutuskan dan mencadangkan dan kita akan meneliti dan membahaskan manifesto berkenaan sama ada sesuai dengan suasana masyarakat  di Kedah atau tidak,” katanya.

Pada Rabu lepas, DUN Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

RUU itu turut memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan. - Bernama


Demikianlah Artikel PENGUMUMAN PAS KEDAH

Sekianlah artikel PENGUMUMAN PAS KEDAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PENGUMUMAN PAS KEDAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/pengumuman-pas-kedah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :