[MARAN] RM3 JUTA UNTUK DEWAN BAHARU BUKIT TAJAU

[MARAN] RM3 JUTA UNTUK DEWAN BAHARU BUKIT TAJAU - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MARAN] RM3 JUTA UNTUK DEWAN BAHARU BUKIT TAJAU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MARAN] RM3 JUTA UNTUK DEWAN BAHARU BUKIT TAJAU
link : [MARAN] RM3 JUTA UNTUK DEWAN BAHARU BUKIT TAJAU

Baca juga


[MARAN] RM3 JUTA UNTUK DEWAN BAHARU BUKIT TAJAU


RM3 juta untuk dewan baharu Bukit Tajau


Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk projek bangunan baharu Dewan Umno Pekan Tajau di Simpang Jengka, di sini hari ini.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Maran, di hadapan lebih 5,000 pengunjung serta ahli parti itu sempena mesyuarat yang diadakan serentak dengan Karnival Kerjaya Maran 2017, anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM).

"Saya tengok dewan ini pun sudah memerlukan dana. Dengan itu saya bersetuju mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk Dewan Umno Pekan Tajau. Gunakanlah peruntukan tersebut sebaik mungkin.

"Bila ada projek infrastruktur sebegini anak Maran boleh mendapat peluang pekerjaan. Kita bukan nak jadi juara kampung, tapi kita nak berjaya seantero dunia. Bila berjaya orang hormat," katanya yang turut meluangkan masa melawat Karnival Kerjaya Maran.

Lebih 18 syarikat gergasi menyertai karnival yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan itu.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Maran, Dato' Sri Ismail Muttalib berkata, walaupun dewan tersebut usang dan lama tetapi setiap kegiatan masyarakat dan aktiviti Umno masih dijalankan di dewan tersebut.

Menurutnya, pembinaan dewan baharu bukan sahaja membolehkan lebih banyak kegiatan, program dan aktiviti diadakan, malah secara tidak langung meningkatkan lagi semangat ahli-ahli Umno untuk lebih cemerlang berkhidmat.

Katanya, Ahli Umno Bahagian Maran akan bekerja keras untuk mempertahankan tiga kerusi Dun dan satu kerusi Parlimen yang dimenangi BN pada PRU lalu.

"Kita berazam menambahkan majoriti di mana semua jentera Umno termasuk jalinan rakyat, Puteri dan Pemuda yang telah turun padang sekian lama untuk mendekatkan akar umbi dengan menerangkan segala dasar dan perjuangan parti serta kerajaan.

"Hal ini supaya rakyat mengetahui usaha dijalankan kerajaan BN ditunjangi Umno," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap ahli Umno menyokong saranan Perdana Menteri iaitu bukan setakat menjadi Ahli kepada parti tetapi perlu menjadi orang Umno yang memahami perjuangan parti dan akar umbi.




Demikianlah Artikel [MARAN] RM3 JUTA UNTUK DEWAN BAHARU BUKIT TAJAU

Sekianlah artikel [MARAN] RM3 JUTA UNTUK DEWAN BAHARU BUKIT TAJAU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MARAN] RM3 JUTA UNTUK DEWAN BAHARU BUKIT TAJAU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/maran-rm3-juta-untuk-dewan-baharu-bukit.html

Subscribe to receive free email updates: