Judul : Lagi laporan polis terhadap ucapan ‘Kutty’ Zahid
link : Lagi laporan polis terhadap ucapan ‘Kutty’ Zahid
Lagi laporan polis terhadap ucapan ‘Kutty’ Zahid
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, sudah tiba masanya ahli Parlimen dari parti pemerintah dan pembangkang menggubal akta anti-perkauman.
KUALA LUMPUR: DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mendedahkan maklumat peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini kerana mendakwa timbalan perdana menteri dan Datuk Mohd Yazid Ramli melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi dengan berkongsi dan memaparkan butiran bekas perdana menteri itu.
Zulhazmi ditemani 3 wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong.
Zahid menunjukkan salinan kad pengenalan Dr Mahathir dengan nama sebenar “Mahathir a/l Iskandar Kutty”, ketika beliau berucap di mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya, semalam.
Menteri dalam negeri itu berkata, dokumen yang diberikan ketua pengarah JPN kepadanya menunjukkan “orang itu yang memperjuangkan agenda Melayu” sebenarnya “menggunakan orang Melayu”.
Lim berkata, komen yang dibuat Zahid tidak mencerminkan semangat Malaysia yang bakal menyambut Hari Kebangsaan ke-60, sebaliknya menunjukkan kemunduran negara dengan kenyataan bersifat perkauman itu.
Katanya, sudah tiba masanya ahli Parlimen dari parti pemerintah dan pembangkang menggubal akta anti-perkauman.
“Kenyataan Zahid bersifat perkauman, jadi saya fikir penyokong BN sepatutnya tiada masalah menyokong cadangan menggubal akta itu selepas episod ini,” katanya.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu mencabar Zahid menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf atau meletak jawatan.
Setiausaha Eksekutif Pemuda DAP, Muhammad Shakir Ameer Mohideen berkata, identiti Malaysia yang berbilang kaum dirosakkan dengan tindakan Zahid memandang rendah kaum India.
“Tidak ada salahnya mempunyai keturunan berbilang kaum. Dia sendiri orang Jawa, paling penting kita ialah warganegara negara ini.
“Ia menunjukkan beliau tidak ada kelas dan bersifat perkauman,” katanya sambil menambah walaupun DAP mempunyai perselisihan dengan Dr Mahathir sebelum ini, mereka tidak pernah merendah-rendahkan seseorang.
Beliau juga mempersoalkan pandangan MIC terhadap kenyataan Zahid yang “tidak menyenangkan” masyarakat India.
Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis di IPD Dang Wangi malam tadi.
Belia.
FMT
Demikianlah Artikel Lagi laporan polis terhadap ucapan ‘Kutty’ Zahid
Sekianlah artikel Lagi laporan polis terhadap ucapan ‘Kutty’ Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lagi laporan polis terhadap ucapan ‘Kutty’ Zahid dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/lagi-laporan-polis-terhadap-ucapan.html