[KUANTAN] POLIS SERBU SARANG DADAH DI KAWASAN FELDA

[KUANTAN] POLIS SERBU SARANG DADAH DI KAWASAN FELDA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] POLIS SERBU SARANG DADAH DI KAWASAN FELDA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] POLIS SERBU SARANG DADAH DI KAWASAN FELDA
link : [KUANTAN] POLIS SERBU SARANG DADAH DI KAWASAN FELDA

Baca juga


[KUANTAN] POLIS SERBU SARANG DADAH DI KAWASAN FELDA


PDRM


Polis merampas dua laras senapang angin buatan sendiri bersama 209 bebola besi dalam Ops Sarang Khas Narkotik yang dijalankan selama dua hari di sekitar kawasan Felda negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Superintendan Lam Thiam Huat berkata, dalam operasi itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah seperti heroin, syabu dan daun ketum bernilai RM8,375.

"Hasil operasi bersepadu itu, kami menahan 305 orang termasuk 14 pengedar dalam operasi yang bermula 3.30 petang kelmarin sehingga petang semalam.

"Selain dua laras senjata api berkenaan kami turut merampas pelbagai jenis senjata lain termasuk sebilah padang samurai, sebilah pisau, satu buku lima dan sebilah gunting pokok yang telah diubah suai.

"Kesemua senjata itu dirampas daripada tiga lelaki berusia 36, 28 dan 23 tahun," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Thiam Huat berkata, selain itu polis turut menemukan tiga motosikal curi dalam operasi yang dijalankan oleh pegawai dan anggota IPK Pahang serta Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu.

Turut sama dalam operasi berkenaan ialah pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela serta polis sukarela.

"Kami dapati kawasan ladang kelapa sawit yang jauh dari penempatan penduduk itu sering dijadikan 'port penagihan dadah' penagih tempatan.

“Ada penagih yang bertindak melarikan diri apabila menyedari port mereka diserbu polis, tetapi mereka berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan," katanya.

Semua suspek berusia 19 hingga 56 tahun itu, katanya kini ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun.

Katanya, Ops Sarang akan diteruskan selepas mengenal pasti beberapa lagi lokasi sekitar daerah ini yang dijadikan sarang menagih dadah secara berkumpulan.

“Serbuan itu dilakukan mengikut maklumat orang ramai, kami harap masyarakat terus membantu polis dengan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan penagihan dadah di kawasan masing-masing,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] POLIS SERBU SARANG DADAH DI KAWASAN FELDA

Sekianlah artikel [KUANTAN] POLIS SERBU SARANG DADAH DI KAWASAN FELDA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] POLIS SERBU SARANG DADAH DI KAWASAN FELDA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/kuantan-polis-serbu-sarang-dadah-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :