[KUANTAN] LELAKI GAGAL SELAMATKAN DIRI DALAM KEBAKARAN

[KUANTAN] LELAKI GAGAL SELAMATKAN DIRI DALAM KEBAKARAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] LELAKI GAGAL SELAMATKAN DIRI DALAM KEBAKARAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] LELAKI GAGAL SELAMATKAN DIRI DALAM KEBAKARAN
link : [KUANTAN] LELAKI GAGAL SELAMATKAN DIRI DALAM KEBAKARAN

Baca juga


[KUANTAN] LELAKI GAGAL SELAMATKAN DIRI DALAM KEBAKARAN


PDRM


Seorang lelaki dipercayai gagal menyelamatkan diri dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Ikan,Cherating di sini semalam.

Mangsa,Hanafi Hassan,60 yang berasal dari Kampung Kubang Kurus Chukai,Kemaman ditemui rentung 100 peratus di seluruh badan di bahagian ruang tamu rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuantan,Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cherating bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam laporan kira-kira jam 12.44 tengah hari.

Menurutnya,sebanyak dua jentera dan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng bertungkus lumus memadam kebakaran dan api dapat dikawal sepenuhnya sejam kemudian.

"Maklumat awal yang diterima terdapat mangsa terperangkap dalam rumah seorang diri dan dipercayai telah meninggal dunia.

"Siasatan awal dapati mangsa adalah rakan kepada pemilik rumah dan telah tinggal bersama pemilik rumah berusia 44 tahun sejak empat hari setelah keluar dari Hospital Kemaman,"katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, mangsa mengidap penyakit lumpuh dan tidak boleh berjalan tanpa bantuan oleh pemilik rumah yang turut dipercayai menjadi punca mangsa tidak dapat menyelamatkan diri.

"Semasa kejadian pemilik rumah dan isterinya yang berusia 48 tahun telah pergi ke Kemaman manakala mangsa tinggal bersendirian di rumah.

"Ketika berada di Kemaman, pemilik rumah telah menerima panggilan telefon daripada jiran memaklumkan rumahnya telah terbakar,"katanya lagi.

Tambahnya,siasatan di lokasi kejadian dapati rumah tersebut adalah jenis rumah kampung dengan sebahagian struktur di bahagian depan adalah simen manakala bahagian dapur adalah kayu.

Jelasnya,berdasarkan keterangan jiran api marak dengan cepat di bahagian struktur kayu dan kebanyakan jiran tidak mengetahui bahawa mangsa berada di dalam rumah semasa kejadian.

Sementara itu,kemusnahan bangunan lebih kurang 90 peratus manakala anggaran kerugian masih dalam siasatan.

"Siasatan awal punca kejadian masih dalam siasatan pihak Forensik Bomba dan siasatan awal punca kematian adalah disebabkan kebakaran.

"Bagaimana pun mayat mangsa telah dibawa ke hospital Kemaman untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,"katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] LELAKI GAGAL SELAMATKAN DIRI DALAM KEBAKARAN

Sekianlah artikel [KUANTAN] LELAKI GAGAL SELAMATKAN DIRI DALAM KEBAKARAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] LELAKI GAGAL SELAMATKAN DIRI DALAM KEBAKARAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/kuantan-lelaki-gagal-selamatkan-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :