KES BULI: GURU PERLU BUAT LAPORAN POLIS

KES BULI: GURU PERLU BUAT LAPORAN POLIS - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KES BULI: GURU PERLU BUAT LAPORAN POLIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KES BULI: GURU PERLU BUAT LAPORAN POLIS
link : KES BULI: GURU PERLU BUAT LAPORAN POLIS

Baca juga


KES BULI: GURU PERLU BUAT LAPORAN POLIS


Datuk Seri Mahdzir Khalid


Alor Setar - Guru yang turut menjadi mangsa buli pelajar diminta membuat laporan polis bagi menjamin keselamatan diri sekali gus mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa mereka.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sememangnya terdapat beberapa kes melibatkan guru menjadi mangsa buli namun ia tidak dilaporkan berikutan bimbang dengan keselamatan diri apabila berada di luar kawasan sekolah.

"Ada guru yang tidak mahu buat laporan kerana tidak mahu memanjangkan cerita selain turut bimbang dengan keselamatan diri mereka akan diancam oleh pelajar yang terlibat dalam gangsterisme.

"Guru perlu buat laporan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pembuli dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama sekali tidak akan menghalang sekiranya mereka ingin membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di sini selepas melawat Kolej Vokasional Alor Setar di sini, hari ini.

Beliau berkata guru yang menjadi mangsa buli tidak perlu bersembunyi atau bimbang dengan reputasi sekolah sekiranya hendak membuat laporan polis kerana kementerian berpendirian tegas dalam menangani masalah itu selain mementingkan keselamatan guru terbabit.​​​​​​​

​​​​​​​Semalam, Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan kalangan guru turut menjadi mangsa buli pelajar bermasalah di sekolah, sekali gus menyumbang kepada peningkatan budaya gangsterisme di negara ini.

Presiden CAP, S M Mohamad Idris berkata kejadian buli terhadap guru boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk peras ugut dan kenderaan dirosakkan selepas mereka menegur pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin.

​​​​​​​Dalam pada itu, Mahdzir berkata pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka yang terlibat dalam kegiatan gangsterisme atau buli ke mana-mana pusat pemulihan.

"Saya ingin tegaskan bahawa kita (KPM) tidak akan berkompromi dengan pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti gangsterisme atau buli dan mereka boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah,” katanya.




Demikianlah Artikel KES BULI: GURU PERLU BUAT LAPORAN POLIS

Sekianlah artikel KES BULI: GURU PERLU BUAT LAPORAN POLIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KES BULI: GURU PERLU BUAT LAPORAN POLIS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/kes-buli-guru-perlu-buat-laporan-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :