Kerana Dadah, Warga Emas Parah Ditetak Anak Lelaki

Kerana Dadah, Warga Emas Parah Ditetak Anak Lelaki - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerana Dadah, Warga Emas Parah Ditetak Anak Lelaki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerana Dadah, Warga Emas Parah Ditetak Anak Lelaki
link : Kerana Dadah, Warga Emas Parah Ditetak Anak Lelaki

Baca juga


Kerana Dadah, Warga Emas Parah Ditetak Anak Lelaki

Gua Musang - Warga emas wanita parah di kepala dan hampir putus jari telunjuk kiri selepas ditetak anak lelakinya dengan parang di Kampung Lembaga, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Che Jah Hussin, 65, terpaksa dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai dan terpaksa menerima lapan jahitan di kepala.

Anak perempuan mangsa, Nor Hazierah Awang, 26 berkata, sebelum kejadian, dia bersama ibu sedang berehat di rumah bersama ahli keluarga lain.

Katanya, secara tiba-tiba abangnya berusia 29 tahun datang menghampiri ibu dan terus menetak kepala.

"Abang tetak kepala ibu, dua kali dengan parang. Tetakan kedua menyebabkan jari telunjuk ibu hampir putus kerana cuba menghalang tetakan itu.

"Saya sempat menarik ibu yang dalam keadaan berlumuran darah keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

"Selepas itu, saya lihat abang duduk di kerusi di dalam rumah sehingga polis datang menahannya," katanya di sini, tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

"Suspek yang juga anak mangsa ditahan dan ujian air kencing suspek didapati positif dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya.


Demikianlah Artikel Kerana Dadah, Warga Emas Parah Ditetak Anak Lelaki

Sekianlah artikel Kerana Dadah, Warga Emas Parah Ditetak Anak Lelaki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerana Dadah, Warga Emas Parah Ditetak Anak Lelaki dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/kerana-dadah-warga-emas-parah-ditetak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :