KAD TULAR DI MEDIA SOSIAL BUKAN MYKAS TULEN

KAD TULAR DI MEDIA SOSIAL BUKAN MYKAS TULEN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KAD TULAR DI MEDIA SOSIAL BUKAN MYKAS TULEN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KAD TULAR DI MEDIA SOSIAL BUKAN MYKAS TULEN
link : KAD TULAR DI MEDIA SOSIAL BUKAN MYKAS TULEN

Baca juga


KAD TULAR DI MEDIA SOSIAL BUKAN MYKAS TULEN


Kad tular di media sosial bukan MyKAS tulen


Putrajaya - Kad berwarna hijau, yang didakwa Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) yang tular di media sosial, didapati tidak menepati ciri-ciri fizikal MyKAS yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli berkata penelitian terhadap paparan MyKAS yang ditularkan di laman sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan tangkapan skrin (screenshot) contoh MyKAS daripada laman web JPN pada 2012.

"Paparan contoh MyKAS telah pun dipadamkan JPN susulan dakwaan sama pernah timbul pada tahun tersebut, dan contoh MyKAS tersebut dipercayai telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat memburukkan JPN,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu MyKAS bertajuk 'Benarkah pemegang Kad Pengenalan Sementara layak mengundi' yang tular di media sosial.

Mohd Yazid menjelaskan ciri-ciri fizikal MyKAS yang tulen adalah berwarna hijau sepenuhnya dengan catatan Pemastautin Sementara, status kewarganegaraan tercatat dengan jelas sebagai BUKAN WARGANEGARA, gambar pemegang kad dipaparkan di ruang kanan kad serta kad itu memaparkan tarikh luput pada bahagian tengah di muka hadapan.

MyKAS hanya dikeluarkan kepada individu bertaraf Bukan Warganegara yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan mengikut Peraturan 5(3) (c) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu seseorang yang memasuki Malaysia secara sah melalui pas imigresen atau permit sah dan dibenarkan menetap di Malaysia bagi tempoh 12 bulan dan ke atas atau seseorang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan.

Mengenai dakwaan tiga individu bukan bertaraf warganegara Malaysia yang dikatakan layak mengundi walaupun hanya memiliki MyKAS, Mohd Yazid menjelaskan dakwaan itu tidak benar kerana semakan rekod JPN mendapati bahawa ketiga-tiga nama yang dipaparkan pada MyKAS tersebut telah dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia di antara 2004 dan 2007.

“Sehubungan itu, mereka layak mengundi pada pilihan raya yang dijalankan selepas mereka dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak benar terutamanya paparan melalui media sosial yang ternyata berniat tidak baik terhadap JPN serta bertujuan mengelirukan orang ramai.




Demikianlah Artikel KAD TULAR DI MEDIA SOSIAL BUKAN MYKAS TULEN

Sekianlah artikel KAD TULAR DI MEDIA SOSIAL BUKAN MYKAS TULEN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KAD TULAR DI MEDIA SOSIAL BUKAN MYKAS TULEN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/kad-tular-di-media-sosial-bukan-mykas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :