Judul : Jangan risau kehadiran Tun M: Anwar
link : Jangan risau kehadiran Tun M: Anwar
Jangan risau kehadiran Tun M: Anwar
SHAH ALAM - Rakan-rakan pembangkang serta NGO dinasihatkan tidak khuatir dengan kehadiran Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di barisan kepimpinan Pakatan Harapan.
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehadiran tokoh negarawan itu adalah dalam kerangka memperluas jaringan dukungan kepada agenda perjuangan yang lebih disepakati.
"Secara peribadi, saya alukan kesediaan Tun untuk turun mengharungi perjuangan bersama, keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding kepentingan rakyat dan masa depan negara.
"Tun seharusnya diberikan ruang untuk mebantu memperluaskan jaringan gerakan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, rakan-rakan penyokong pembangkang menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan Pakatan Harapan melantik Mahathir sebagai Pengerusi pakatan tersebut.
Alasan yang diberikan berikutan gusar sekiranya berlaku penyimpangan dari landasan gagasan reformasi dan agenda perubahan pakatan itu.
Anuar berkata, kesugaran diluahkan rakan-rakan pembangkang tersebut tidak seharusnya wujud.
"Dasar bersama yang dipersetujui didedah kepada khalayak secara telus dan agenda rakyat juga yang diusung pakatan selama ini.
"Selain itu, rakan-rakan lain juga berhak untuk terus memantau perjalanan dan prestasi pakatan dan menegur atau mengemukakan cadangan.
"Saya yakin akan peranan mereka untuk menunjangi perubahan menjelang PRU 14 kelak," katanya.
Demikianlah Artikel Jangan risau kehadiran Tun M: Anwar
Sekianlah artikel Jangan risau kehadiran Tun M: Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan risau kehadiran Tun M: Anwar dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/jangan-risau-kehadiran-tun-m-anwar.html