Judul : DAP terima surat rasmi ROS adakan pemilihan baharu
link : DAP terima surat rasmi ROS adakan pemilihan baharu
DAP terima surat rasmi ROS adakan pemilihan baharu
SHAH ALAM - DAP telah menerima surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), pagi semalam.
Perkara itu dinyatakan Ketua Biro Perundangan Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo melalui laman sosial Facebooknya.
“DAP menerima pemberitahuan rasmi keputusan daripada ROS melalui surat pada pagi ini (semalam). CEC akan bertemu Rabu ini untuk bincang kandungannya. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas itu,” katanya.
Pada 7 Julai lalu, ROS dalam kenyataan media berkata, pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama dalam DAP melalui pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah di sisi undang-undang.
Pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai perwakilan yang berhak hadir dan mengundi dalam pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, membabitkan 2,576 perwakilan dari 865 bahagian.
Ini kerana hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf boleh melantik individu ke jawatan utama, menurut Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.
Susulan pengumuman itu, DAP mengadakan sidang media mengumumkan ia tidak akan mengadakan pemilihan baharu, tetapi mahu bertemu ROS.
Demikianlah Artikel DAP terima surat rasmi ROS adakan pemilihan baharu
Sekianlah artikel DAP terima surat rasmi ROS adakan pemilihan baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP terima surat rasmi ROS adakan pemilihan baharu dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/dap-terima-surat-rasmi-ros-adakan.html