BERI AMARAN JANGAN GUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA

BERI AMARAN JANGAN GUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERI AMARAN JANGAN GUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERI AMARAN JANGAN GUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA
link : BERI AMARAN JANGAN GUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA

Baca juga


BERI AMARAN JANGAN GUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA


Beri amaran jangan gugat perlembagaan negara


Kuala Lumpur - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), berpendirian untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak mahu menggangu-gugat perlembagaan negara.

Jelas Presidennya Datuk Dr Ibrahim Ali, tindakan perundangan itu akan diambil membabitkan apa sahaja isu yang menyentuh kepentingan negara.

"Saya nak maklumkan Perkasa berpendirian apa sahaja isu yang membabitkan kepentingan negara dan lebih khusus kepada perkara berkaitan Perlembagaan seperti Fasal 153.

"Jika mana-mana pihak termasuk kerajaan lakukan sesuatu yang bertentangan dengan asas Perlembagaan negara, kita jumpa sahaja di mahkamah," katanya dalam sidang medianya di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, Perkasa tidak lagi menggunakan 'kaedah lama' dalam memperjuangkan sesuatu isu.

"Apa sahaja isu kita akan bawa ke mahkamah...tidak lagi bawa di jalan raya dan kita rasa cara yang terbaik adalah melalui sistem perundangan itu pilihan Perkasa dan cara Perkasa," katanya.

Sementara itu, berhubung perkembangan isu kelonggaran syarat penguasaan bahasa Melayu bagi pekerja kontrak perubatan gred UD41 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak Perkasa hari ini memfailkan notis tuntutan terhadap KKM.

Menurut Ibrahim, tuntutan tersebut bagi tidak membenarkan KKM menguatkuasakan kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jelas Ibrahim lagi, sekiranya tempoh tujuh hari dari 4 Julai 2017 Perkasa akan memfailkan tindakan saman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan sebarang dasar yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 2 Julai lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu bagi SPM untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41.

Kata Noor Hisham, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, selepas mendapat bantahan dari pelbagai pihak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil meminta menteri berkenaan menjelaskan kepada kabinet.




Demikianlah Artikel BERI AMARAN JANGAN GUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA

Sekianlah artikel BERI AMARAN JANGAN GUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERI AMARAN JANGAN GUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/beri-amaran-jangan-gugat-perlembagaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :