8 ARTIS POPULAR INDONESIA DICEKUP PESTA DADAH

8 ARTIS POPULAR INDONESIA DICEKUP PESTA DADAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 8 ARTIS POPULAR INDONESIA DICEKUP PESTA DADAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 8 ARTIS POPULAR INDONESIA DICEKUP PESTA DADAH
link : 8 ARTIS POPULAR INDONESIA DICEKUP PESTA DADAH

Baca juga


8 ARTIS POPULAR INDONESIA DICEKUP PESTA DADAH




Jakarta – Lapan artis Indonesia termasuk Dian Pretty Asmara, ditahan dalam serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah bilik karaoke di sebuah hotel di sini, awal Isnin ketika leka berpesta dadah.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Argo Yuwono dipetik oleh media dalam talian berkata, kesemua artis terbabit ditahan ketika menyertai satu pesta dadah anjuran mereka sendiri.

Katanya, bertindak atas siasatan dan intipan selama dua minggu, polis menyerbu bilik hotel dan karaoke hotel itu pada tengah malam semalam ketika kesemua artis berkenaan sedang berkumpul dan mengambil dadah.

Penahanan Dian, 39, aktres dan pelawak popular yang masih bujang serta berasal dari Lumajang, wilayah Jawa Timur turut mengejutkan media tempatan kerana imej penampilan dirinya yang agak gemuk dan sihat.

Turut ditahan di Hotel Grand Mercure Kemayoran, Jakarta Pusat itu ialah penyanyi dangdut dengan identiti dirujuk sebagai EY, ES dan MA, pelakon sinteron AH, model GL, pemain filem layar lebar SS serta penyanyi pop DW.




Polis menjumpai 0.9 gram dadah jenis ice dan alat menghisapnya dalam sebuah bilik hotel serta merampas 1.12 gram ice, 23 pil ekstasi dan 25 pil dadah jenis H5 dalam bilik karaoke tempat artis itu sedang berkumpul.

Argo berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi pengedar dadah kepada golongan artis itu.

Katanya, selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah 25 juta rupiah (kira-kira RM80,134), dipercayai hasil kutipan pesta dadah itu.

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis Indonesia dilaporkan semakin berleluasa dan beberapa artis popular sebelum ini juga pernah ditahan pihak polis kerana terbabit kes narkotik seumpama itu.




Demikianlah Artikel 8 ARTIS POPULAR INDONESIA DICEKUP PESTA DADAH

Sekianlah artikel 8 ARTIS POPULAR INDONESIA DICEKUP PESTA DADAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 8 ARTIS POPULAR INDONESIA DICEKUP PESTA DADAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/07/8-artis-popular-indonesia-dicekup-pesta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :