[VIDEO] Samseng KAWAL Bazar Ramadan

[VIDEO] Samseng KAWAL Bazar Ramadan - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [VIDEO] Samseng KAWAL Bazar Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [VIDEO] Samseng KAWAL Bazar Ramadan
link : [VIDEO] Samseng KAWAL Bazar Ramadan

Baca juga


[VIDEO] Samseng KAWAL Bazar Ramadan


Saat-saat cemas di Bazar Ramadan Kluang petang tadi apabila rombongan Pakatan Harapan pimpinan Sdr Liew Chin Tong yang hanya mengedar kurma dikasari sekumpulan samseng dipercayai juak UMNO. Chin Tong dikasari sehingga terpelanting cermin matanya. Bukankah Ramadan bulan mendidik kesabaran dan membersihkan jiwa? Lihat sendiri video ini dan nilaikan sikap mereka.



Saya berasa amat kecewa dan sedih dengan insiden Ahli Parlimen Kluang, YB Liew Chin Tong, yang dimarahi dan dihalau oleh beberapa orang individu ketika beliau dan pasukannya sedang mengedarkan buah kurma kepada umat Islam yang mengunjungi bazar Ramadhan di Kluang, Johor semalam. 

Walaupun bukan seorang yang beragama Islam, beliau sepatutnya tidak dihalang daripada berbuat demikian apatah lagi dimarahi dengan kata-kata kesat. Lebih-lebih lagi beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang mana menjadi tanggungjawab beliau untuk mendekati masyarakat di kawasannya tanpa mengira kaum dan agama.

Malah, setiap orang yang beragama Islam sepatutnya menampilkan akhlak Islam yang sebenar. Islam tidak mengajar umatnya untuk bertindak kasar kepada sesiapapun. Malah, Islam menuntut umatnya supaya bersikap rahmah atau mengasihi sesiapa sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
الراحمون يرحمهم الرحمن ارحموا من فى الارض يرحمكم من فى السماء
Yang bermaksud:
Allah menyayangi orang-orang yang penyayang. Sayangi olehmu sesiapa sahaja yang ada di bumi, maka engkau akan disayangi oleh Dia di langit.

Dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, penting untuk kita memupuk semangat perpaduan dan saling hormat menghormati antara sesama insan walaupun berbeza kaum, agama dan fahaman politik. Menghormati sesama manusia adalah tuntutan Islam yang utama dan sebagai umat Islam sewajarnyalah kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Saya berdoa mudah-mudahan kita beroleh rahmah dan maghfirah Allah di bulan Ramadan yang mulia ini.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden

Parti Pribumi Bersatu Malaysia
11 Jun 2017


Demikianlah Artikel [VIDEO] Samseng KAWAL Bazar Ramadan

Sekianlah artikel [VIDEO] Samseng KAWAL Bazar Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [VIDEO] Samseng KAWAL Bazar Ramadan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/video-samseng-kawal-bazar-ramadan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :