Judul : TAHNIAH KEPADA LIMA PEMUDA CINA INI!
link : TAHNIAH KEPADA LIMA PEMUDA CINA INI!
TAHNIAH KEPADA LIMA PEMUDA CINA INI!
Gelagat lima pemuda Cina yang tidak menyentuh makanan mereka sehinggalah azan berkumandang rupa-rupanya diperhatikan seorang pelayar laman sosial.
Pelayar tersebut yang dipercayai berbuka puasa di Aeon Melaka, 11 Jun lepas mendakwa kumpulan pemuda berkenaan menunggu masa sesuai untuk mereka menjamah makanan.
"Mereka tak sentuh langsung makanan tersebut..sehingga la azan berkumandang, mereka berpusing-pusing perhatikan sekeliling nak pastikan sama ada boleh makan atau belum," kata pelayar tersebut di Facebook.
Katanya, bila semua orang orang Islam yang berada di dalam restoran makan, baru la mereka sentuh makanan mereka.
"Tahniah untuk kamu berlima. Terima kasih kerana menghormati kami," akhiri pelayar berkenaan.
Perkongsian pelayar berkenaan jelas menarik perhatian pelayar Muslim dan bukan Islam yang lain.
"Toleransi adalah kuncinya," kata seorang pelayar bukan beragama Islam.
"Tahniah kepada saudara!" kata seorang lagi pelayar.
Perkongsian berkenaan telah tular di laman Facebook.
Demikianlah Artikel TAHNIAH KEPADA LIMA PEMUDA CINA INI!
Sekianlah artikel TAHNIAH KEPADA LIMA PEMUDA CINA INI! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TAHNIAH KEPADA LIMA PEMUDA CINA INI! dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/tahniah-kepada-lima-pemuda-cina-ini.html