[PEKAN] DIVIDEN RISDA LEBIH TINGGI

[PEKAN] DIVIDEN RISDA LEBIH TINGGI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PEKAN] DIVIDEN RISDA LEBIH TINGGI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PEKAN] DIVIDEN RISDA LEBIH TINGGI
link : [PEKAN] DIVIDEN RISDA LEBIH TINGGI

Baca juga


[PEKAN] DIVIDEN RISDA LEBIH TINGGI


Dividen Risda lebih tinggi


Bayaran dividen kepada peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) Risda diumumkan berjumlah RM106,813,181 juta, tahun ini.

Jumlah dividen 2017 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu lebih tinggi berbanding RM95.589 juta, pada tahun sebelumnya.

Dividen itu diagihkan kepada 17,784 peserta TSK dan 16,080 peserta RTBB. 

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat termasuk pekebun kecil dengan memberi perhatian sewajarnya.

Katanya, golongan pekebun kecil merupakan teras sokongan kepada kerajaan BN justeru agenda pembangunan saksama bandar dan luar bandar akan diteruskan.

Beliau berkata, pembangunan di Malaysia unik kerana dilaksanakan secara adil dan saksama di bandar dan luar bandar.

“Berbeza dengan negara lain yang pembangunannya tertumpu kepada kawasan ibu kota atau pusat pentadbiran sahaja.

“Tetapi di Malaysia, kita sedaya upaya pastikan agenda pembangunan luar bandar diteruskan secara adil dan saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Dividen Risda 2017, di sini semalam.


Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; dan Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainal Abidin.

Sementara itu pada sidang media majlis itu, Ismail Sabri berkata, peningkatan jumlah pembayaran dividen itu didorong peningkatan harga komoditi termasuk getah dan kelapa sawit.

Menurutnya daripada keseluruhan jumlah dividen tahun ini RM38,165,600 untuk dividen RTBB dan RM68,647,581 dividen TSK.

Katanya, Risda tidak pernah menghentikan program tanam semula seperti didakwa sesetengah pihak.

“Ada pihak kata Risda tiada duit dan TSK dihentikan sebaliknya ia diteruskan malah tahun ini RM358.8 juta diperuntukkan untuk program-program pembangunan termasuk yang melibatkan pemerkasaan program tanam semula.

“Untuk peruntukkan program tanam.semula Risda 2017, RM144.1 juta untuk program tanam semula getah ke getah, RM1.07 juta untuk tanam semula sawit ke sawit, RM126.2 juta tanam semula getah ke sawit dan RM9.3 juta, getah ke tanaman lain,” katanya.

Beliau berkata, Risda tidak galak atau menyekat peserta untuk beralih daripada getah kepada tanaman lain namun mereka perlu berbincang dengan agensi itu kerana ia akan melibatkan elaun tanam semula.

“Perbincangan juga perlu supaya mereka tidak memilih tanaman yang kurang permintaan di pasaran atau tidak sesuai ditanam di tanah mereka,” katanya.




Demikianlah Artikel [PEKAN] DIVIDEN RISDA LEBIH TINGGI

Sekianlah artikel [PEKAN] DIVIDEN RISDA LEBIH TINGGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PEKAN] DIVIDEN RISDA LEBIH TINGGI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/pekan-dividen-risda-lebih-tinggi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :