[PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM

[PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM
link : [PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM

Baca juga


[PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan umat Islam negara ini supaya mencontohi umat Islam terdahulu yang mengamalkan prinsip wala' (taat) dan bersatu padu sehingga membolehkan mereka mencapai kejayaan.

Beliau berkata konsep itu yang dipegang kuat umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW, menyaksikan mereka menang ketika berperang dengan kaum kafir Quraisy walaupun bilangan tentera musuh lebih ramai daripada tentera Islam.

"Kita boleh ambil iktibar daripada peristiwa itu. Bagaimana dalam Perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan, dalam keadaan lapar dan dahaga di bawah terik matahari, tetapi mereka berjaya menewaskan musuh yang lebih besar bilangannya daripada tentera Islam.

"Soalnya mengapa umat Islam boleh berjaya? Tidak lain dan tidak bukan kerana umat Islam pada waktu itu kental perjuangan, jiwanya bersih, yakin pada perjuangan, bersatu padu, berdisiplin dan ikut perintah serta wala', taat kepada pemimpin," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan yang dihadiri kira-kira 500 penduduk di Masjid Kampung Lamir di sini.

Pada majlis itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan seperti sejadah, kurma dan kain pelekat kepada 77 warga emas Kampung Lamir, selain menunaikan solat Maghrib dan solat hajat secara berjemaah bagi mendoakan kesejahteraan negara dan penduduk kampung.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lamir, Ibrahim Abdul Latif berkata kehadiran perdana menteri ke kampung berkenaan 'mengubati duka' penduduk selepas majlis berbuka puasa bersama beliau, tiga tahun lalu diteruskan tanpa kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.

"Kehadiran perdana menteri ke sini adalah seperti qada' (ganti) kerana terpaksa meminta Allahyarham Datuk Seri Jamaluddin Jarjis untuk menggantikan beliau kerana tidak dapat hadir atas alasan yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Beliau juga menyifatkan kunjungan itu lebih manis, kerana Masjid Kampung Lamir dapat dibina antara lain atas bantuan Najib, yang semasa itu baharu tiga bulan dilantik sebagai perdana menteri.

Ibrahim menambah sebagai penduduk jati kampung itu, beliau juga masih mengingati kesudian Najib meluangkan masa menyampaikan sendiri bantuan banjir semasa kampung itu dilanda banjir besar pada 2013.

"Perdana menteri juga mengambil berat tentang masalah petani di kampung ini seperti meluluskan peruntukan RM40 juta untuk menaik taraf sistem pengairan bagi meningkatkan hasil padi.

"Ditambah pula dengan penubuhan kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) selepas pengisytiharan Pekan sebagai jelapang padi di negeri ini dan kini petani menikmati hasil padi yang lebih banyak," katanya.




Demikianlah Artikel [PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM

Sekianlah artikel [PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/pekan-contohi-sikap-wala-taat-setia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :