MARITIM TERIMA SEBUAH LAGI KAPAL PERONDA

MARITIM TERIMA SEBUAH LAGI KAPAL PERONDA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MARITIM TERIMA SEBUAH LAGI KAPAL PERONDA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MARITIM TERIMA SEBUAH LAGI KAPAL PERONDA
link : MARITIM TERIMA SEBUAH LAGI KAPAL PERONDA

Baca juga


MARITIM TERIMA SEBUAH LAGI KAPAL PERONDA


Maritim terima sebuah lagi kapal peronda



Kota Kinabalu - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) hari ini menerima satu lagi kapal peronda pesisir pantai dari Jepun yang dinamakan KM Arau dan bakal ditempatkan di Sabah bagi meningkatkan keupayaan operasi agensi itu di negeri ini.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, KM Arau sepanjang 87 meter itu adalah kapal kedua yang dihadiahkan oleh kerajaan Jepun kepada Maritim, selepas KM Pekan yang telah ditempatkan di Kuantan, Pahang dan telah mula beroperasi pada 21 April lepas.

"KM Arau akan menjadi kapal terbesar Maritim di Sabah dan sudah tentu ia akan memainkan peranan besar untuk mempertingkatkan lagi keupayaan operasi di seluruh perairan Sabah, khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

"Sebelum beroperasi di Sabah, KM Arau akan meneruskan pelayaran ke Pelabuhan Klang pada Jumaat ini untuk tujuan pelancaran kapal berkenaan di sana," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan KM Arau di Jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, dekat sini semalam.

Sementara itu, Pegawai Memerintah KM Arau, Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata beliau bersama 24 kru daripada APMM belayar dari Enoshima, Jepun sejak 31 Mei lepas dan memakan masa selama tujuh hari untuk sampai ke Sabah.

"Syukur kami telah selamat tiba di sini (Jeti TLDM Sepanggar) dengan keadaan yang baik setelah mengharungi pelayaran selama tujuh hari dari Enoshima, Jepun.

"Dalam pelayaran itu kami juga dibantu seramai 13 kru yang terlatih daripada agensi yang telah dilantik oleh kerajaan Jepun. Sepanjang pelayaran itu mereka banyak membantu dan memberi tunjuk ajar untuk mengendalikan kapal ini," katanya.

Beliau berkata sebelum belayar ke Malaysia, beliau bersama 24 lagi kru telah tiba di Jepun pada 16 Mei lepas dan menjalani latihan penyesuaian kapal, cara pengendalian sistem, peralatan dan jentera kapal berkenaan selama dua minggu.

"Selepas menjalani latihan itu, kami semua telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan termasuk cuaca buruk. Pada hari ketiga pelayaran, kami dilanda cuaca buruk di selatan perairan Jepun sehingga memasuki di perairan Sabah.

"Alhamdulillah kapal ini terbukti berjaya menghadapi cuaca buruk dan kru juga berjaya mengawal emosi dan kesihatan masing-masing sehingga hari ini," katanya.




Demikianlah Artikel MARITIM TERIMA SEBUAH LAGI KAPAL PERONDA

Sekianlah artikel MARITIM TERIMA SEBUAH LAGI KAPAL PERONDA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MARITIM TERIMA SEBUAH LAGI KAPAL PERONDA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/maritim-terima-sebuah-lagi-kapal-peronda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :