[LIPIS] TERLANTAR AKIBAT DISERANG STROK

[LIPIS] TERLANTAR AKIBAT DISERANG STROK - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] TERLANTAR AKIBAT DISERANG STROK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] TERLANTAR AKIBAT DISERANG STROK
link : [LIPIS] TERLANTAR AKIBAT DISERANG STROK

Baca juga


[LIPIS] TERLANTAR AKIBAT DISERANG STROK


Terlantar akibat diserang strok


“Sejak diserang angin ahmar Mac 2015, ayah hanya terlantar di atas katil dan mengharapkan sepenuhnya bantuan dari ahli keluarga untuk menguruskan diri.

Demikian kata Latifah Abd Hamid, 58, anak kepada mantan Ketua Kampung Tanjung Lipis, Abd Hamid Mohd Nor, 78, yang kini tidak lagi mampu bergerak.

Mengimbas kembali kejadian tiga tahun lalu Latifah berkata, bapanya baru selesai menunaikan solat Asar di rumah dan ingin menikmati juadah petang sebelum diserang strok.

“Masa ayah nak suap kuih kali kedua tiba-tiba dia tak boleh mengunyah dan kami terus bawa ayah ke Hospital Lipis.

“Sejak tu ayah tak mampu bercakap dan boleh angkat tangan kanan saja selain bergantung sepenuhnya pada susu khas diberi melalui tiub. Segala keperluan dan kebersihan diri diuruskan mak dan adik-beradik lain,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menerima kunjungan sempena Program Ziarah Kasih daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Pahang yang disampaikan oleh Timbalan Pegawai Kemajuan negeri, Datuk Noorzila Manaf.

Latifah berkata, sebanyak RM3,000 sebulan diperuntukkan untuk membeli susu khas, lampin pakai buang dan ubat-ubatan dan wang itu hasil kutipannya bersama tujuh beradik lain.

"Kami sekeluarga bersyukur sebab ada pemimpin setempat termasuk Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad yang sentiasa prihatin dengan nasib ayah dan sumbangkan kerusi roda bagi memudahkannya bergerak.

Sementara itu, Noorzila berkata, Abd Hamid antara 25 individu terdiri daripada golongan kurang bernasib baik menerima hamper barangan keperluan harian bernilai RM100 setiap satu.

"Pemberian ini diharap dapat meringankan beban mereka menjalani ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kunjungan ini bertujuan untuk menyantuni mereka yang kurang berkemampuan dan menghulurkan sedikit bantuan keperluan harian. Kita berharap mereka tabah menghadapi dugaan hidup,” katanya.




Demikianlah Artikel [LIPIS] TERLANTAR AKIBAT DISERANG STROK

Sekianlah artikel [LIPIS] TERLANTAR AKIBAT DISERANG STROK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] TERLANTAR AKIBAT DISERANG STROK dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/lipis-terlantar-akibat-diserang-strok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :