[KUANTAN] PASFA PERLUAS CABANG PERNIAGAAN

[KUANTAN] PASFA PERLUAS CABANG PERNIAGAAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] PASFA PERLUAS CABANG PERNIAGAAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] PASFA PERLUAS CABANG PERNIAGAAN
link : [KUANTAN] PASFA PERLUAS CABANG PERNIAGAAN

Baca juga


[KUANTAN] PASFA PERLUAS CABANG PERNIAGAAN


Pasfa perluas cabang perniagaan


Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) akan memberi tumpuan yang lebih dalam bidang hartanah bermula tahun ini bagi meningkatkan pendapatan kira-kira 70,000 ahlinya menerusi pelbagai cabang perniagaan.

Pengerusi Pasfa, Dato' Mustaffar Kamal Ab. Hamid berkata, sumber utama pendapatan dan punca keuntungan Pasfa sebelum ini adalah daripada hasil ladang kelapa sawit.

Menurutnya, pertubuhan itu juga mempunyai projek ekonomi lain seperti ternakan lembu, memproses nangka, madu kelulut dan kejenteraan ladang.

"Kita merangka pelan jangka sederhana dan panjang bagi tujuan kesinambungan penglibatan pertubuhan ini dalam bidang ekonomi,"katanya kepada media pada majlis penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dan berbuka puasa anjuran pertubuhan itu di pekarangan pejabat Pasfa, di Indera Mahkota.

Pada majlis tersebut, Pasfa dan Peladang Eksklusif Sdn. Bhd. turut menyerahkan bayaran zakat kepada Pusat Zakat Pahang.

Sebelum ini, Pasfa menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat Highgard Sdn. Bhd. (Highgard) bagi melaksanakan projek pembangunan bercampur di atas tanah milik pertubuhan ini seluas 40.52 hektar di Mukim Ulu Kuantan, Gambang.

Mustaffar Kamal berkata, nilai pembangunan kasar (GDV) projek yang dilaksanakan menerusi usaha sama antara Highgard dan Pasfa itu adalah kira-kira RM500 juta.

Tambahnya, pembangunan bercampur berkenaan terdiri daripada dua komponen utama iaitu pembinaan sebanyak 1,040 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Kompleks Pusat Pembangunan Peladang Pahang.

"Saya berharap segala perancangan pembangunan Pasfa berjalan lancar.

"Projek tersebut akan menambah pendapatan Pasfa yang sebelum ini hanya bergantung kepada hasil tani,"katanya.

Pada majlis itu, 105 penerima sumbangan terdiri daripada anak yatim, asnaf, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) menerima duit raya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] PASFA PERLUAS CABANG PERNIAGAAN

Sekianlah artikel [KUANTAN] PASFA PERLUAS CABANG PERNIAGAAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] PASFA PERLUAS CABANG PERNIAGAAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/kuantan-pasfa-perluas-cabang-perniagaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :