[KUANTAN] ‘MALAYSIA JAUH LEBIH BERTUAH'

[KUANTAN] ‘MALAYSIA JAUH LEBIH BERTUAH' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] ‘MALAYSIA JAUH LEBIH BERTUAH', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] ‘MALAYSIA JAUH LEBIH BERTUAH'
link : [KUANTAN] ‘MALAYSIA JAUH LEBIH BERTUAH'

Baca juga


[KUANTAN] ‘MALAYSIA JAUH LEBIH BERTUAH'


‘Malaysia jauh lebih bertuah’


Suasana peperangan di tanah air tercinta sentiasa segar dalam ingatannya malah dalam kembaranya sempena Ramadan ke Malaysia dan ke Pahang khususnya, Mohammed Fauzi Taha Shalibi, 22, sedia berkongsi kisah kehidupannya kepada jemaah yang diimamkan.

Program Ramadan Bersama Huffaz Palestin dan Syria itu dikendalikan NGO Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) Malaysia yang memasuki tahun ketujuh kali ini.

Bagi Mohammed Fauzi, ditugaskan menjadi imam di Kuantan dan Pekan memberikan pengalaman baharu kepada dirinya.

Anak kedua daripada lima saudara itu menganggap rakyat Malaysia bertuah kerana berada di dalam keadaan yang aman berbanding rakyat negaranya yang terpaksa berdepan bunyi tembakan serta suasana perang.

Menurutnya, dia pernah menjadi imam di Masjid Taqwa di Ramallah dan ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Malaysia.

“Saya tahu Malaysia sebuah negara yang mementingkan isu kemanusiaan seperti yang berlaku di Palestin.

“Malah sejak saya berada di sini Khamis lalu, imam dan jemaah banyak membantu saya menjalankan tugas sebagai imam solat tarawih,” katanya ketika ditemui di Pejabat Haluan Pahang, semalam.

Dia yang berkelulusan dalam ijazah Kewangan dan Perbankan itu menganggap peluang bertugas sebagai imam sebagai platform untuk berkongsi segala kisah penderitaan rakyat Palestin dalam setiap ruang tazkirah.

Katanya, suasana kampungnya di Ramallah sentiasa didatangi tentera dan menakutkan penduduk.

“Penduduk berdepan dengan ketakutan dengan kehadiran tentera yang tidak berperikemanusiaan.

“Saya pernah ditangkap oleh tentera terbabit pada tahun 2015 namun dilepaskan tidak lama kemudian,” katanya.

Juadah berbeza

Bercerita pengalaman berpuasa di bumi asing, Mohammed Fauzi berkata, terdapat perbezaan dari segi juadah yang dihidangkan ketika berbuka dan bersahur.

Katanya, di Ramallah, hidangan nasi bersama ayam yang dipanggang atau di bakar dihidangkan bersama sup sayur menjadi juadah istimewa pada Ramadan.

Manakala ketika bersahur, hanya hidangan ringkas iaitu roti bersama jem, keju dan kurma serta susu.

“Bagaimana pun di sini, saya lihat hidangannya lebih pelbagai dan saya masih cuba menyesuaikan diri dengan juadah di sini,” katanya.

Derma untuk Palestin

Kehadiran Mohammed Fauzi ke sini bukan semata mengimarahkan Ramadan, dalam masa sama, memohon derma daripada rakyat prihatin untuk umat Islam di Palestin.

Katanya, peperangan yang melanda bumi Palestin memusnahkan banyak harta benda selain meragut nyawa insan tidak berdosa.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sumbangan yang diberikan sebagai wakil dari Palestin. Saya juga mohon doa-doa bagi kesejahteraan penduduk Palestin,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras program Ramadan Bersama Huffaz Palestin, Abdul Basheer Abdul Ghani berkata, di Pahang, dua huffaz disediakan iaitu dari Palestin dan Syria.

Menurutnya, Mohammed Fauzi dari Palestin ditugaskan di Kuantan dan Pekan manakala Ammar Al Halak Waleed, 31, dari Syria pula ditugaskan di Temerloh.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] ‘MALAYSIA JAUH LEBIH BERTUAH'

Sekianlah artikel [KUANTAN] ‘MALAYSIA JAUH LEBIH BERTUAH' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] ‘MALAYSIA JAUH LEBIH BERTUAH' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/kuantan-malaysia-jauh-lebih-bertuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :