[KUANTAN] 100 PENIAGA CEMERLANG DIBERI KEISTIMEWAAN

[KUANTAN] 100 PENIAGA CEMERLANG DIBERI KEISTIMEWAAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] 100 PENIAGA CEMERLANG DIBERI KEISTIMEWAAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] 100 PENIAGA CEMERLANG DIBERI KEISTIMEWAAN
link : [KUANTAN] 100 PENIAGA CEMERLANG DIBERI KEISTIMEWAAN

Baca juga


[KUANTAN] 100 PENIAGA CEMERLANG DIBERI KEISTIMEWAAN


100 peniaga cemerlang diberi keistimewaan


Seramai 100 peniaga cemerlang bazar Ramadan tahun ini menerima keistimewaan daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) apabila mendapat potongan 20 peratus bayaran permit niaga selain berpeluang memilih sendiri lot berniaga musim depan.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail berkata, keistimewaan turut diberikan kepada penganjur bazar Ramadan cemerlang apabila mereka mendapat potongan 10 peratus bayaran yuran selain beberapa insentif lain pada musim depan.

Menurutnya, di daerah ini terdapat 2,100 peniaga di 36 bazar Ramadan yang menjalankan perniagaan selama sebulan.

Katanya, antara bazar Ramadan yang menjadi tumpuan ialah di Taman Kerang, Taman Tas, Indera Mahkota, Tanjung Api dan Tanjung Lumpur.

“Peniaga terbabit yang menjual pelbagai produk seperti air, nasi, kuih dan lauk pauk juga secara automatik layak berniaga tahun hadapan.

“Kejayaan MPK menganjurkan bazar Ramadan setiap tahun mendapat pujian banyak pihak apabila memberi peluang kepada masyarakat Islam mendapatkan pelbagai makanan untuk berbuka puasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Penganjur Bazar Ramadan/Aidilfitri dan Peniaga-Peniaga Cemerlang Bazar Ramadan 2017 di Taman Kerang, di sini.

Hadir sama, Yang Dipertuan MPK Dato' Fadzillah Salleh.

Muhammad Safian berkata, bazar Ramadan turut memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam termasuk pelancong asing menikmati pelbagai jenis makanan, kuih, lauk dan air yang jarang ditemui pada hari biasa.

Beliau berkata, bazar Ramadan MPK berkonsepkan kolaborasi NBOS apabila turut membabitkan pihak seperti koperasi, persatuan peniaga pasar lambak, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), alumni sekolah dan masjid merupakan suatu yang baik.

Sementara itu, Fadzillah berkata, tahun ini MPK mengambil keputusan menurunkan bayaran permit niaga antara RM50 hingga RM100 untuk mengurangkan beban peniaga.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] 100 PENIAGA CEMERLANG DIBERI KEISTIMEWAAN

Sekianlah artikel [KUANTAN] 100 PENIAGA CEMERLANG DIBERI KEISTIMEWAAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] 100 PENIAGA CEMERLANG DIBERI KEISTIMEWAAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/kuantan-100-peniaga-cemerlang-diberi.html

Subscribe to receive free email updates: