JEMAAH HAJI TIDAK PERLU RISAU

JEMAAH HAJI TIDAK PERLU RISAU - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JEMAAH HAJI TIDAK PERLU RISAU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JEMAAH HAJI TIDAK PERLU RISAU
link : JEMAAH HAJI TIDAK PERLU RISAU

Baca juga


JEMAAH HAJI TIDAK PERLU RISAU


Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim


Putrajaya - Jemaah haji Malaysia tidak perlu panik dan risau dengan insiden serangan bom berani mati berhampiran Masjidil Haram di Makkah memandangkan petugas keselamatan Tabung Haji akan memantau pergerakan mereka ketika menunaikan ibadah suci itu tidak lama lagi.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata jemaah haji hanya perlu mendengar nasihat dan arahan diberikan petugas haji bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar.

"Saya percaya jemaah akan ikut nasihat seperti dilakukan sebelum ini. Apa yang berlaku memang membimbangkan jemaah haji dan keluarga mereka.

"Jemaah perlu tenang dengan apa yang berlaku. Tidak perlu panik, risau. Pasukan keselamatan akan pantau pergerakan jemaah di kawasan ibadat. Malah saya sendiri akan berada di sana insya-Allah," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri semalam.

Insiden serangan bom berani mati itu mencederakan 11 orang termasuk lima pegawai polis Arab Saudi. Kementerian Luar semalam mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden itu.

Penerbangan pertama jemaah haji dijadual berlepas pada 24 Julai, manakala penerbangan terakhir pada 25 Ogos di lapan buah lapangan terbang utama iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Seramai 30,200 jemaah akan menunaikan ibadat haji bermula Julai ini.




Demikianlah Artikel JEMAAH HAJI TIDAK PERLU RISAU

Sekianlah artikel JEMAAH HAJI TIDAK PERLU RISAU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JEMAAH HAJI TIDAK PERLU RISAU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/jemaah-haji-tidak-perlu-risau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :